Atas desakan kroni, Kerajaan Sabah wujudkan semula sistem barter trade
12:06 Jun 28, 2018  |  By SabahKini2
Atas desakan kroni, Kerajaan Sabah wujudkan semula sistem barter trade

Janji Shafie Apdal kepada rakan-rakan peniaga barter trade. AKhirnya kabinet Sabah meluluskan permintaan mereka.

Kroni yang pernah rugi jutaan ringgit akhirnya senyum riang apabila usaha mereka berjaya menghidupkan kembali barter trade selepas Shafie Apdal meluluskan permintaan para kroninya

ATAS Desakan kroni Shafie Apdal yang pernah menguruskan sistem perniagaan barter trade ( tukar) yang sebelum ini dihentikan oleh kerajaan atas faktor keselamatan kini Kerajaan Sabah akan menghidupkan semula sistem itu antara negeri ini dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia

Cuba mengaburi rakyat Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata sistem perniagaan itu akan diperkemaskan dengan memperkenalkan peraturan tertentu untuk memastikan ia berfungsi seperti dikehendaki tanpa melanggar undang-undang negara ini.

“Kita ada bincang perkara berkaitan barter trade di peringkat negeri Sabah, Filipina dan Indonesia. Saya telah meminta supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Kabinet agar kita dapat menghidupkan semula sistem ini.

Sebelum inipun sudah ada peraturan tertentu untuk mengawal sistem barter trade ini bagaimanapun apabila melibatkan urusan dengan negara jiran
adalah amat sukar membenteras penyeludupan serta perkara-perkara membahayakan keselamatan negara.

Shafie berkata keputusan itu dibuat disebabkan terdapat banyak permintaan daripada pihak yang pernah terlibat dalam sistem perniagaan tersebut susulan perniagaan mereka terjejas selepas sistem itu dihentikan.

Shafie mengarahkan agensi berkaitan menyediakan laporan dan cadangan mengenai kaedah pelaksanaan sistem itu yang dijangka pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang.

Sebelum ini Sabahkini2 ada mendedahkan bagaimana bekas pegawai khas Pengerusi Ko Nelayan Sabah yang juga bekas Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) Nordin Ening mengamuk serta menyertai Warisan apabila pelbagai perkara ditangguhkan oleh kerajaan BN termasuk  pelaksanaan feri penumpang antara Sabah dan negara Filipina menggunakan pelabuhan di daerah Kudat ke Palawan (Filipina), penggantungan serta -merta aktiviti barter trade di seluruh Sabah melibatkan urus niaga mereka. 

Kontroversi yang berlaku termasuk salahlaku rasuah dalam BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) menyebabkan pada 16 Jun 2017 BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) mengumumkan Nordin Ening bukan lagi Naib Pengerusi dan ahli BEMBC or BEBC

Noridn Ening yang kini menjadi orang kanan dan proksi Shafie Apdal mendesak agar sistem barter ini kembali diwujudkan bagi mengatasi kerugiannya sebelum ini.

Sementara itu, Shafie berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sukarti Wakiman diberi tempoh dua minggu untuk menyediakan kertas cadangan mengenai pelaksanaan cadangan pemberian dokumen khas kepada pekerja asing sektor perladangan di Sabah.

Semalam, Shafie berkata kerajaan negeri berjanji akan akan mengeluarkan dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan. 

1 Comment