Najib di Kompleks Mahkamah KL
04:07 Jul 04, 2018  |  By SabahKini2
Najib di Kompleks Mahkamah KL

Najib kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk proses pendakwaan berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd bekas anak syarikat 1MDB.

Anggota Parlimen Pekan itu tiba pukul 8.17 pagi di Kompleks Mahkamah KL dengan kereta Proton Inspira berwarna merah yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.



Bekas Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja biru dan bertali leher.

Beliau kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

Perkarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti 'Bebas Najib' dan 'Hidup Najib' oleh para penyokongnya sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

3 Comments