'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara
12:07 Jul 05, 2018  |  By SabahKini2
'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad Presiden Pekida Sabah pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II

Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad Presiden Pekida yang dulu ditabal Sultan Sulu menggesa anak Sabah diberi kerakyatan. Siapa anak Sabah beliau maksudkan?

KOTA KINABALU- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah menggesa Kerajaan Negeri agar mempertimbang memberi taraf warganegara kepada anak kelahiran Sabah yang tidak mempunyai kerakyatan.

Presidennya, Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad berkata isu berkenaan yang sejak sekian lama membelenggu negeri ini menyebabkan ramai kalangan anak Sabah menjadi 'stateless people' tercicir dalam pendidikan malah sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

"Kita mahu kerajaan baharu menyelesaikan masalah rakyat seperti ini. Sehingga kini dianggarkan lebih 100,000 anak yang dilahirkan di Sabah tidak mempunyai kerakyatan, berumur antara satu hingga 40 tahun.

"Kesan daripada masalah itu akan dihadapi Sabah sendiri, anak remaja yang tidak bersekolah dan tidak mempunyai pekerjaan tetapi lahir di sini (Sabah) akhirnya menjadi penyebab berlakunya masalah sosial, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata status 'stateless people' itu berbeza dengan pendatang tanpa izin (PATI) kerana salah seorang ibu atau bapa mereka adalah warganegara atau memiliki dokumen yang diberikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Ketua Menteri

Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad Presiden Pekida Sabah pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II

Datuk Akjan, Shafie Apdal dan Kiram

 

150 Comments