'Ketua Menteri Haram' mengaku menipu - Taktik elak tunai manifesto
14:07 Jul 06, 2018  |  By SabahKini2
'Ketua Menteri Haram' mengaku menipu - Taktik elak tunai manifesto

ironinya tak sampai pun dua bulan, kenyataan Shafie itu disangkal sendiri oleh beliau, bilamana dalam sidang DUN Sabah pada 5 Julai 2018 beliau terpaksa mengatakan sebaliknya.

Pada 27 Mei 2018 dalam satu ucapan di Hongkod Koisaan, Penampang, Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Datuk Shafie Apdal menyatakan bahawa kononnya Kerajaan Sabah beroperasi dalam keadaan defisit (berhutang), kerana tiada simpanan kewangan.

Beliau menyangkal kenyataan kerajaan sebelumnya (kerajaan BN) yang menyatakan bahawa Sabah mempunyai simpanan kewangan lebih RM3 bilion sebelum PRU14.

Namun ironinya tak sampai pun dua bulan, kenyataan Shafie itu disangkal sendiri oleh beliau, bilamana dalam sidang DUN Sabah pada 5 Julai 2018 beliau terpaksa mengatakan sebaliknya.

Menurut Shafie dalam sidang DUN itu, Sabah mempunyai simpanan kewangan sebanyak RM3.31 bilion.

Nampak tak?

Kenyataan ini sekaligus menjadikan dakwaan beliau pada 27 Mei lalu itu sebagai suatu PENIPUAN TERBUKA.

Tak malukah??!

Sudahlah naik jadi Ketua Menteri pun secara tidak sah (HARAM), ditambah pula lagi dengan penipuan!

Maka, nak digelar apa pemimpin macam ni??!

KM 'HARAM' YANG SUKA MENIPU ??!

Menerusi sidang DUN yang sama, Shafie turut mengakui bahawa kerajaan Sabah tidak mempunyai sebarang bayaran tertunggak kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak. Maknanya, kewangan negeri Sabah berkeadaan cukup terurus, sesuai dengan pengiktirafan oleh Ketua Audit Negara, selama 16 tahun dianugerahkan SIJIL TANPA TEGURAN, selain penarafan membanggakan daripada agensi-agensi penarafan Antarabangsa seperti Standard & Poor, yang memberikan 'Triple A' (AAA) kepada Sabah.

Jelas dapat kita lihat bahawasanya kenyataan Shafie pada hujung Mei yang lalu itu sebenarnya hanyalah bertujuan memberi tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Tan Sri Musa Aman.

Pada tahun 2003, semasa Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, simpanan kewangan negeri hanya berjumlah RM184 juta sahaja. Dalam tempoh 14 tahun Musa berjaya melipat gandakan jumlah tersebut! Ia meningkat sehingga RM3.31 bilion!

Justeru, sudah terang lagikan bersuluh. Kini anda sendiri telah saksikan betapa PENIPUnya parti Warisan ini terutamanya pemimpin mereka yang bernama Shafie!

Gara-gara mahu elak tunai manifesto dan janji-janji palsu yang ditabur sepanjang kempen PRU14.

Oleh:

Pemerhati Politik Sabah

28 Comments