Shafie tak takut saman Musa tapi bimbang jawatan Ketua Menteri terlepas
01:07 Jul 07, 2018  |  By SabahKini2
Shafie tak takut saman Musa tapi bimbang jawatan Ketua Menteri terlepas

Musa Aman tidak pernah meletak jawatan. TYT pula tidak pernah ada kuasa meminta Ketua Menteri meletak jawatan. 10 Mei adalah sah berbanding 12 Mei. TYT sangat salah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Shafie Apdal tidak bimbang tentang saman dikemukakan Tan Sri Musa Aman terhadap beliau dan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin ini (9 Julai).

Beliau enggan mengulas lanjut saman dikemukakan Musa itu yang memohon mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai ketua menteri yang sebenarnya dan bukannya Shafie, dengan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Saya tidak bimbang tentang perkara itu (saman mahkamah) kerana sidang DUN sudah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli pembangkang.

“Tetapi perlembagaan (Sabah) jelas menetapkan sekiranya seseorang itu tidak mendapat sokongan majoriti (Adun), beliau perlu melepaskan jawatan dipegangnya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyaksikan penyerahan surat pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, hari ini.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum ke-14 tetapi 2 hari kemudian Shafie merampas kuasa membeli adun BN dan memaksa TYT agar membenarkan angkat sumpah sebagai ketua menteri. Memandangkan pada tarikh sama Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri maka kerajaan pusat menggunakan kuasanya menekan TYT.

 

7 Comments