Rela kekal, janji lima batalion tentera di ESSZone belum dapat dilaksana
02:07 Jul 09, 2018  |  By SabahKini2
Rela kekal, janji lima batalion tentera di ESSZone belum dapat dilaksana

Kajian dilakukan untuk elaun kelengkapan persenjataan serta latihan yang setimpal bagi anggota Rela yang bertugas di (ESSZone)- Azis Jamman

KOTA KINABALU- Penempatan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kawasan Keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan diberi elaun kelengkapan persenjataan serta latihan yang setimpal bagi anggota Rela yang bertugas di kawasan berkenaan kata timbalan menterinya Dato' Mohd Azis Jamman.

"Perkara ini perlu diambil perhatian kerana kawasan itu bukan saja berisiko tinggi daripada ancaman tetapi ia kini masih dikuat kuasa dengan arahan perintah berkurung.

"Kita bukan meragui kemampuan anggota Rela tetapi mahu mereka diberikan latihan dan kelengkapan sewajarnya kerana kita tahu kawasan ini berpotensi diserang pengganas pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Anggota Rela, di Sepanggar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin dan Pengarah Rela Sabah Mohammad Pauzi Jhumat.

Sementara itu, Mohd Azis berkata pada Pilihan Raya Umum ke-13, kerajaan ketika itu berjanji akan meletakkan lima batalion tentera di ESSZone, namun hingga ke hari ini janji tersebut masih belum dilaksana.

Shafie Apdal pada januari lalu mencetuskan kontroversi apabila dalam ucapannya bukan sahaja menghina malah mempersoalkan dan memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).         

“RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". 

Azis juga berharap berdasarkan keperluan semasa, kerajaan hari ini dapat mempertimbangkan untuk menempatkan batalion tentera di lokasi tersebut seperti cadangan memindahkan pasukan tentera dari Lokawi ke kawasan-kawasan berkenaan.

Pemimpin Warisan nampaknya U-Turn lagi sebagaimana Shafie Apdal U-turn mengenai Rezab kewangan Sabah yang kononnya penipuan "Creative accounting" namun masih ada RM3.3 bilion.

Comment