Apa perlunya Richard beri nasihat kepada Shafie Apdal tanya bekas Ketua Hakim Negara
17:07 Jul 14, 2018  |  By SabahKini2
Apa perlunya Richard beri nasihat kepada Shafie Apdal tanya bekas Ketua Hakim Negara

Bukankah itu 'bias'? Kes Musa vs Shafie akan diputuskan pada 3 September dan kini Richard pula Ketua Hakim Negara. Hakim mana Richard bakal arah menangkan Shafie?

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menzahirkan penghargaan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad atas pemilihan serta pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada Rabu lalu.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelantikan Malanjum merupakan satu sejarah kepada negeri Sabah kerana anak tempatan pertama dilantik ke jawatan tertinggi dalam institusi perundangan negara.

"Saya yakin rakyat Malaysia bukan hanya di Sabah, bahkan di Sarawak kami amat menghargai ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Beliau yakin pelantikan Malanjum mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan di Malaysia yang sebelum ini diselubungi pelbagai isu.

Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata soal agama tidak harus dijadikan isu dalam pelantikan Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Katanya sebagai seorang peguam yang paling senior dalam institusi itu, pelantikan itu adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki oleh Malanjum.

Sementara itu bekas Ketua Hakim Negara  Tun Abdul Hamid Mohamad dalam rencana Berita Harian menulis tentang jawatan Ketua Hakim Negara yang dipolitikkan termasuk pelantikan Richard.

Tun Hamid menyindir, Richard mungkin seorang yang bias dengan memetik kenyataan Shafie Apdal dalam  laporan Malay Mail Online 12 Jun 2018. Tajuknya berbunyi: "Shafie mencabar Musa untuk mencabar kesahan jawatan KM Sabah ...." 

"Shafie berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan beliau (Shafie) diyakinkan bahawa pelantikannya (sebagai Ketua Menteri Sabah) adalah sah mengikut Perlembagaan."

Tun Hamid mempersoalkan mengapa Richard harus memberi nasihat undang-undang kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengetahui bahawa perkara itu mungkin berakhir di Mahkamah Persekutuan, di mana beliau (Richard) ialah seorang hakim? malah kini Ketua Hakim Negara.

Saman Musa dan Shafie Apdal bakal diputuskan pada 3 September 2018. Apakah hubungan Richard Ketua Hakim dan Shafie Apdal ini bakal membantu mereka memenangi kes? Rakyat di negara ini melihat sistem kehakiman kini bakal diperalatkan oleh kerajaan PH.

 

 

7 Comments