PKR Sabah tolak, Anwar Ibrahim arah terima keahlian Osman Jamal
07:07 Jul 17, 2018  |  By SabahKini2
PKR Sabah tolak, Anwar Ibrahim arah terima keahlian Osman Jamal

Selepas gagal mencuba nasib dalam Warisan kini Osman Jamal sah menyertai PKR. Desas-desus mengatakan Anwar bakal memilih Osman sebagai Pengerusi PKR Sabah.

TAWAU: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau tidak membantah kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Osman Jamal sebagai ahli parti itu.

Setiausaha PKR Tawau Gan Chee Chan berkata, pihaknya sudah menerima maklum balas dari peringkat pusat mengenai status ahli-ahli baharu termasuk Osman sebagai ahli PKR.

“Bagi pihak kepimpinan Cabang PKR Tawau, kita menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan kita tidak membantah,” katanya, di Taman Sawit Balung, di sini, pada Ahad.

Gan berkata PKR Tawau juga mengalu-alukan kemasukan lebih 500 ahli baharu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung yang menyerahkan borang keahlian PKR.

Mengulas lanjut, beliau berkata kepimpinan PKR Tawau yang diketuai oleh Datuk Kong Hong Ming menerima baik penyertaan mereka yang diharap menguatkan lagi parti itu.

Osman Jamal, Presiden Persatuan Bugis Sabah sebelum ini disenaraikan sebagai calon Ahli Parlimen Kalabakan namun dibantah UMNO Kalabakan dan akhirnya dicalonkan ke Dun Balung. 12 Mei lalu beliau keluar BN menyertai parti warisan bagi membentuk kerajaan baru Shafie Apdal.

Bagaimanapun selepas tidak diberi jawatan di Sabah, Osman dikatakan bertemu dengan Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur untuk menyertai PKR. Penyertaan Osman mendapat tentangan dari PKR hinggalah kini beliau diterima oleh Cabang PKR Tawau.

Desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim bakal melantik Jamal sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Christina Liew tidak menyenangkan pelbagai pihak.


Pengumuman Pelantikan Osman Jamal sebagai Pengerusi PKR Negeri sepatutnya diumumkan di Tawau namun ditangguhkan

6 Comments