YB Warisan arah rumah pukat nelayan tempatan dirobohkan?
05:07 Jul 25, 2018  |  By SabahKini2
YB Warisan arah rumah pukat nelayan tempatan dirobohkan?

Di manakah keadilannya bagi rakyat Sepanggar seperti yang mereka (kerajaan baru) laungkan selama ini? Kenapa rumah-rumah setinggan di kawasan Sepanggar yang begitu pesat membangun tidak pula dirobohkan?

 

Selepas lawatan Menteri dan Yang Berhormat ADUN Karambunai ke kawasan Kibagu tempoh hari, rumah pukat nelayan tempatan yang mencari makan dengan hasil laut di situ telah diarah untuk dirobohkan dengan segera. Menurut sumber, ia adalah merupakan arahan daripada wakil rakyat kawasan Sepanggar sendiri.

Tindakan perobohan tersebut membawa impak besar kepada masyarakat nelayan setempat kerana hampir semua yang terlibat itu sebenarnya adalah nelayan tempatan.

“Sekarang, di mana kami nak simpan segala peralatan kelengkapan menangkap ikan ini? Tindakan sebegini akan memberi kesan kepada sumber rezeki nelayan yang terlibat,” kata salah seorang nelayan yang terlibat, kepada media.

Di manakah keadilannya bagi rakyat Sepanggar seperti yang mereka (kerajaan baru) laungkan selama ini? Kenapa rumah-rumah setinggan di kawasan Sepanggar yang begitu pesat membangun tidak pula dirobohkan?

“Saya tahu, kami sebagai nelayan merupakan insan paling kerdil. Kami tiada kuasa untuk menghalang pihak berkuasa, hanya mengharapkan budi bicara sahaja. Mahu harapkan kerajaan baru, lepas ADUN dan YB Menteri itu datang melawatlah tiba-tiba kami dapat tahu yang rumah-rumah pukat ini mahu kena roboh,” kata nelayan itu lagi.

4 Comments