SPRM hantar surat sokongan kepada Peguam Negara gugurkan kes Guan Eng
17:07 Jul 26, 2018  |  By SabahKini2
SPRM hantar surat sokongan kepada Peguam Negara gugurkan kes Guan Eng

Ramai melihat kes Lim Guan Eng bakal digugurkan juga. Apa yang berlaku sekarang hanyalah 'mainan'. Hakikatnya KP SPRM telah menyokong Peguam Negara gugurkan kes.

PETALING JAYA: Selepas dikecam netizen dengan pelbagai persepsi buruk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan ia akan menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila perbicaraannya akan bersambung minggu depan.

“SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan ringkas.

 Kenyataan Media 'wayang' SPRM

Lim adalah ketua menteri Pulau Pinang apabila dia didakwa kerana menggunakan kedudukannya untuk meluluskan permohonan perlingkungan semula zon tanah pertanian kepada zon perumahan awam oleh sebuah syarikat.

Beliau juga dituduh mendapatkan untuk dirinya sebuah rumah banglo dari seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon, dengan harga RM2.8 juta, lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta. Phang dituduh bersubahat.

Perbicaraan Lim ditangguhkan pada 21 Mei, sementara menunggu tuduhan dikaji semula. 

Peguamnya, Ramkarpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa pihak pembelaan akan memfailkan representasi baharu kepada peguam negara untuk menarik balik tuduhan.

Sebelum ini pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dikritik netizen kerana beliau merupakan bekas peguam Lim Guan Eng.

Sumber dalam SPRM mendedahkan Dato' Sri Shukri KP SPRM telah menghantar surat sokongan kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi menggugurkan kes Lim Guan Eng. Apa yang berlaku sekarang hanyalah 'divert' isu Daim Zainudin dan kisah kegagalan SPRM sekarang

Tommy Thomas bukan saja Peguam Chin Peng tapi Peguam Lim Guan Eng kes rasuah banglo murah!

3 Comments