Tun M Perdana Menteri percayakan Dr Mahathir terajui Pengerusi Khazanah
14:07 Jul 30, 2018  |  By SabahKini2
Tun M Perdana Menteri percayakan Dr Mahathir terajui Pengerusi Khazanah

Dulu mereka kutuk PM ada jawatan lain. Kononnya PM arahkan Menteri Kewangan dan arahkan pengerusi GLC.Sekarang bagaimana? Manifesto PH pun dilanggar.

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya baru-baru ini.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang juga ahli majlis penasihat kerajaan, juga disenaraikan dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Dua lagi ahli lembaga pengarah yang lain ialah Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.

Sukhdave merupakan bekas timbalan gabenor Bank Negara manakala Goh adalah pengarah di Maybank Asset Management Group Berhad dan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi pembangunan pasaran.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai pengerusi Khazanah pada 31 Mei selepas BN tewas pada pilihan raya umum ke-14.

Sukhdave meletak jawatan dari Bank Negara pada November tahun lepas, sebulan sebelum umur persaraannya.

Selepas ini ramailah akan melihat Perdana Menteri mengarahkan Pengerusi Khazanah meluluskan dana tertentu untuk kerajaan.

2 Comments