Royalti minyak : Shafie kata ada formula, Azmin bertegas berdasarkan keuntungan
19:08 Aug 01, 2018  |  By SabahKini2
Royalti minyak : Shafie kata ada formula, Azmin bertegas berdasarkan keuntungan

Kerajaan PH nampaknya tiada kata putus mengenai Royalti 20%. Ia tak mungkin selesai dalam 100 hari tetapi bertahun.Sabah dan Sarawak nampaknya akan ditipu kerajaan PH.

KOTA KINABALU: Perbincangan isu tuntutan 20 peratus royalti minyak perlu ada formula penting.

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun dalam manifesto ada disebutkan tentang tuntutan 20 peratus berkenaan, namun formula yang akan digunakan tidak disebut.

Menurutnya, selepas disebut formula, pihaknya akan berbincang bagi memastikan rayuan tuntutan 20 peratus minyak itu dapat diatasi sebaiknya.

"Dari peringkat awal, kita tidak menyebut dalam manifesto tentang formula yang akan digunakan untuk perbincangan tuntutan ini.

"Isu tuntutan ini juga satu perkara yang dekat dengan hati rakyat di Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak," katanya.

Shafie berkata, sebagai satu pasukan, pihaknya mahu perbincangan isu berkenaan diselesaikan secara kekeluargaan.

Sehubungan itu, beliau perlu berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlebih dahulu dengan pihak Petronas.

"Kita tidak akan menghebahkan perkara ini di peringkat luar kerana yang penting penyelesaian kepada masalah ini," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, penubuhan jawatankuasa badan khas sebelum ini bagi memastikan tuntutan terbabit diselesaikan secara baik.

Azmin sebelum ini di dewan rakyat menjelaskan Kerajaan pusat tidak dapat menyalurkan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan segera kerana perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda.

“Cadangan ini tak dapat dilaksanakan segera kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan pengiraan berdasarkan ‘gross profit’ dan bukan ‘net profit’.

“Oleh itu, sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20% hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.”

Hari ini Azmin Ali di dewan rakyat sekali lagi digasak wakil rakyat pembangkang selepas  mendedahkan Pakatan Harapan dari awal lagi mencadangkan pembayaran “royalti” 20% berdasarkan keuntungan selepas cukai.

Menteri hal ehwal ekonomi itu terus bertegas  PH sudah mengkaji kewajaran penambahan royalti itu berdasarkan “prinsip pengagihan lebih adil”.

“Mengikut kefahaman pimpinan ketika mengubal Buku Harapan ialah cadangan menambah jumlah royalti dari 5% kepada 20% berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Comment