Peguam Negara tidak campurtangan kes rasuah Lim Guan Eng 'Bullshit'!
23:08 Aug 02, 2018  |  By SabahKini2
Peguam Negara tidak campurtangan kes rasuah Lim Guan Eng 'Bullshit'!

Dengan trend pengguguran kes pemimpin PH apakah anda percaya Tommy Thomas Peguam Negara tidak campur tangan kes Lim Guan Eng. Ini BULLSHIT!

PETALING JAYA: Portal FMT melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas tidak akan campur tangan dalam membuat keputusan untuk kes yang membabitkannya secara peribadi, termasuk kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kata pejabatnya dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan berkata, keputusan itu sejajar jaminan Thomas sejak dilantik sebagai peguam negara pada Jun lalu untuk menarik diri daripada kes yang ditafsirkan sebagai konflik kepentingan di pihaknya.

Mereka berkata, keputusan untuk kes sedemikian akan dibuat secara bersama oleh mereka melalui perbincangan dengan pegawai kanan lain di Jabatan Peguam Negara.

Thomas ialah sebahagian daripada pasukan peguam Lim, apabila bekas ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa dengan 2 pertuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah banglo yang dibeli dari Miss Phang kontraktor yang mendapat tanah di Pulau Pinang. Miss Phang pula menjual banglo miliknya kepada Lim Guan Eng dengan harga yang murah.

Walaupun Lim Guan Eng mempunyai kes rasuah yang dibicarakan di mahkamah namun beliau tetap dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Kewangan.

Bagi NGO dan netizen melihat penafian Tommy Thomas dan pejabat Peguam Negara ini dianggap sebagai wayang dan 'bullshit' kerana Tommy tetap Peguam Negara yang akan memberi arahan di belakang tabir mengenai kes itu. 

Sejak  akhir-akhir ini trend dari pejabat Peguam Negara ialah menggugurkan kes pemimpin PH seperti Rafizi,Sivarasa Rasiah dan lain-lain. Jadi dijangka Peguam Negara akan menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng apatah lagi pejabat Ketua SPRM Dato' Sri Shukri Abdull sebagai badan penyiasat menyokong menggugurkan kes itu.

 

6 Comments