Selepas gagal naikkan harga getah Menteri merayu mohon lebih masa
00:08 Aug 05, 2018  |  By SabahKini2
Selepas gagal naikkan harga getah Menteri merayu mohon lebih masa

Dulu masa kempen sedap berjanji. 8 Saranan Junz Wong menstruktur LIGS. Apa jadi? harga getah telah rendah malah mahu tutup kilang LIGS pun Junz Wong kata RM27 juta gaji pekerja kilang.

KENINGAU; Belum 100 hari Warisan merampas kuasa dari BN 12 Mei lalu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong meminta rakyat khususnya pekebun getah agar memberinya masa untuk menstabilkan harga komoditi itu.

Katanya masa yang lama diperlukan untuk beliau mengkaji serta mencari kaedah terbaik bagi memberikan harga yang memuaskan kepada pekebun.

"Harga getah di Sabah ini satu perkara yang sangat rumit... Apa yang saya  perlukan  daripada  mereka  (pekebun) ialah masa yang lebih untuk meneliti semua sudut," katanya kepada Bernama selepas menghadiri   Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-97 dan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  Yuk Yin.

Harga semasa komoditi itu di Sabah ialah RM3.75 sekilogram bagi susu getah, getah keping gred I (RM2.05/kg), gred II (RM1.70/kg), kentalan gred I (RM1.90/kg), gred II (RM1.60/kg) dan getah sekerap (0.35 sen/kg). 

Mengulas cadangan agar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) hanya memainkan peranan sebagai  pemudah laksana kepada pekebun, Wong berkata perkara itu agak sukar dilaksanakan kerana LIGS memiliki kilang dengan lebih 600 pekerja.

"Menutup kilang-kilang ini bukan satu langkah bijak kerana pekerja terbabit bergantung sepenuhnya kepada LIGS sebagai sumber pendapatan," katanya.

Selain itu katanya kementerian juga terpaksa membelanjakan sekitar RM27 juta untuk membayar gaji pekerja terbabit sekiranya kilang-kilang berkenaan ditutup.

"Kedua-dua jalan juga tidak adil kepada pihak yang terlibat, sebab itu saya perlukan masa tambahan untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Ia bertentangan dengan kenyataan Junz Wong sebelum pilihanraya yang berapi-api mahu menstruktur LIGS bagi membantu industri getah Sabah pada 28 November 2017. 8 saranan beliau nampaknya beliau mengaku amat sukar melaksanakannya. Harga masih rendah, menentukan kandungan getah kering (DRC), monopoli kilang, membenteras orang tengah dan menghapuskan cukai eksport 10 peratus.

Selepas gagal dalam 100 hari, hari ini beliau merayu kepada pekebun kecil getah untuk bersabar dan minta lebih masa. 

 

 

3 Comments