Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah
18:08 Aug 05, 2018  |  By SabahKini2
Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah

Apa sudah jadi?Konsultan dan Jurutera yang terlibat dengan skandal penyelewengan KKLW RM1.5b dilantik sebagai Pengarah JANS.Apakah ini pembayaran Shafie Apdal kerana menutup kes sebagai saksi SPRM?

 Surat Pelantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal ini? Dari Ketua Menteri haram hingga pegawai semua kaki songlap dan tidak berintegriti.

Amarjit Singh Setiausaha Warisan Putatan yang terlibat dengan skandal rasuah RM1.5 bilion KKLW dalam Projek Naik Taraf Loji Air Sungai Intan Semporna kos RM47 juta sebagai konsultan projek dilantik secara kontrak sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Jurutera Gred J54 berkuatkuasa 10 Ogos 2018 dengan gaji permulaan RM 7,779. Tidak pernah menjadi penjawat awam tetapi dilantik secara kontrak. Mahirkah beliau pekeliling, peraturan dan urusan penjawat awam?

Jabatan Air Negeri Sabah yang kontroversi disiasat SPRM tahun lalu apabila 170 projek bekalan air (BALB) peruntukan KKLW lesap berbilion kini dipimpin oleh salah seorang yang jurutera yang terlibat dalam kes rasuah itu. Apa akan jadi kepada Jabatan Air Negeri Sabah?

Berapa banyak lagi bakal dirompak atau masuk dalam jabatan itu bagi memadam semua kes dalam jabatan itu yang kini bekas Pengarah dan Timbalannya sedang dibicarakan di mahkamah.

Umum mengetahui tahun lalu SPRM melaporkan 60 syarikat disiasat dan 23 syarikat dikesan telah mengaku memberi rasuah adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal. 14 syarikat telah dikenal pasti. 

RM 48 juta dana rasuah ditemui dari urusan 14 syarikat sebagaimana dibocorkan The Star. Lihat dalam "Money Trail".

RM 180 juta dibeku dari pelbagai syarikat dan akaun individu termasuk RM 29 juta dari Hartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian orang tambatan Shafie Apdal.

Syarikat Wilayah Kaya Sdn Bhd milik Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi adalah syarikat bertanggungjawan membina projek loji rawatan air di Sungai Intan Semporna. Amarjit Singh pula bekerja dengan syarikat konsultan Syarikat perunding Shahelmy.

Projek loji rawatan air Sungai Intan Semporna yang bernilai RM47 juta adalah satu dari 23 projek yang dilobi oleh adik Shafie Apdal. Dato’ Nik Nazif Nik Zawawi telah dipanggil SPRM sebanyak 18 kali dalam projek ini. Datuk Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal turut ditahan reman oleh SPRM membantu kes.

Adik-adik Shafie merupakan kunci penting dalam penyiasatan itu memandangkan semua kontraktor terbabit mengemukakan bukti pembayaran wang atau cek kepada adik-adik Shafie Apdal. 

Jadi tidak menghairankan jika Amarjit Singh sebagai jurutera perunding syarikat Shahelmy dan Rakan-rakan itu turut ditahan reman SPRM dan masih dalam jaminan RM50,000.

RM47,721,333.00 kos kontrak dan maklumat menunjukkan ia projek milik KKLW bukan Kerajaan Negeri Sabah. Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Air Semporna hanyalah agensi pelaksana. Peruntukan dan kuasa melantik kontraktor adalah KKLW atau lebih tepat Menteri KKLW ketika itu Dato' Seri Shafie Apdal. Jadi pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah pasti punya agenda tersendiri.

Apa jadi pula dengan SPRM? Apa jadi Dato 'Sri Shukri yang juga menjadi buta membiarkan kes yang siasatannya di meja Pejabat Peguam Negara tetapi tidak didakwa. Amarjit Singh diberi jawatan atas sumbangan menutup kes Shafie Apdal. Ketua Pengarah SPRM memang BULLSHIT!

8 Comments