(VIDEO) Kebakaran setinggan Kg Lingkudau Kerajaan beri penempatan baru?
13:08 Aug 06, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kebakaran setinggan Kg Lingkudau Kerajaan beri penempatan baru?

Kebakaran di Kg Lingkudau ini adalah kebakaran kelima sejak 36 hari yang lalu bermula di Kg Gas Sandakan, Kg Sarip Lahad Datu, Kg Cenderamata Likas dan Kg Air Semporna.

Dengarkan perbualan penduduk kampung

KENINGAU: Sebanyak 13 rumah setinggan di Kampung Jalan Lingkudau Taman Berangi di sini musnah dalam kebakaran.

Kejadian membabitkan keluasan setengah ekar tanah itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam Sabtu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain pada jam 9.37 malam.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan tiada kecederaan mahu pun kematian mangsa dilaporkan.

Kebakaran di Kg Lingkudau ini adalah kebakaran kelima sejak 36 hari yang lalu bermula di Kg Gas Sandakan, Kg Sarip Lahad Datu, Kg Cenderamata Likas dan Kg Air Semporna.

Dianggarkan 5 kawasan setinggan terbakar ini lebih 5000 orang hilang tempat tinggal.

Paling pantas ialah usaha Kerajaan Warisan mencadangkan tapak penempatan baru mangsa kebakaran Likas di Kg Darau Sepanggar yang ditentang penduduk kampung.

Setakat hari ini belum ada pengumuman kerajaan warisan mahu membantu 11 rumah terbakar di Kg Lingkudau itu. Desas-desus mengatakan Kerajaan Warisan bakal memberikan penempatan baru di setinggan di kawasan itu.

2 Comments