KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST
14:08 Aug 10, 2018  |  By SabahKini2
KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST

Benarkah wang hilang? Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.

Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.

"JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

"Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN melesapkan RM19.4 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.

Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.

"Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan," katanya 

Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan.

Bakinya sehingga 31 Mei 2018 belum dibayar sejajar dengan peralihan kuasa selepas PRU 14 bermula 10 Mei 2018.

 

Ini bermakna kerajaan PH lah tidak mahu meluluskan bayaran balik GST yang dimasukkan dari akaun kumpulan disatukan yang kemudiannya dimasukkan ke tabung amanah itu. Tidak mungkin wang akaun disatukan hilang melainkan Kementerian Kewangan membelanjakannya

Sementara itu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Menteri Kewangan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin sudah menggunakan wang Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Najib berkata, kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) belum lagi dilaksanakan.

“Apabila PH mensifarkan GST pada 1 Jun, peniaga boleh menuntut semua cukai input GST serta-merta dan menyebabkan semua meluru membuat tuntutan cukai input GST, sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

“Oleh kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan bagi 3 bulan, kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan yang sepatutnya disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

“Akibatnya, PH mengalami kesukaran membayar tuntutan GST yang banyak, dibuat sekaligus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan,” katanya menerusi Facebook.

9 Ogos lalu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah membuat laporan polis terhadap dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Tan Sri Irwar Siregar menafikan serta melaporkan kepada SPRM. Begitu juga PAC menyatakan akan membuat siasatan terhadap dakwaan itu. 

Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu. 

 

 

 

119 Comments