Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar
12:08 Aug 12, 2018  |  By SabahKini2
Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar

Beruntung lagilah warga asing PTI di Sepanggar apabila satu penempatan baru untuk mereka bakal diluluskan oleh Shafie Apdal. Ia tanda terima kasih Presiden Warisan untuk menubuh Kg Warisan di Sepanggar. Benarkah?

 

KOTA KINABALU: Penduduk Kg Darau di Sepanggar menentang rancangan penempatan baru untuk membina rumah transit hampir 700 orang mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2, Likas baru-baru ini.

Seramai 250 orang dari Kampung Darau berkumpul membantah rancangan mengambil 16 ekar tanah untuk tujuan itu sebagaimana diumumkan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman. Turut hadir demonstrasi itu Ketua Kampung Darau

Namun hari ini rakyat di Sabah dikejutkan lagi surat dari Dato' Hj Mohd Hisham Hj Abd Fattah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berhubung surat sokongan perakuan kelulusan LA-2018010117 tapak perkampungan Kg Warisan Jaya di Sepanggar yang dipohon oleh Encik Satar Lipae Pengerusi Penyelaras Kg Warisan.

Untuk makluman Kg Warisan dihuni oleh ramai penduduk setinggan dan warga asing. Terdapat juga pendapat kampung Warisan ini tidak wujud. Menurut pemimpin setempat hanya ada Kg Warisan Unggun Jaya di Sepanggar. Jadi di manakan kg misteri ini wujud?

Belum selesai lagi penempatan setinggan terbakar Kg Likas kini satu penempatan baru pula bakal diluluskan oleh Shafie Apdal Presiden Warisan. 

Pihak Jabatan Ketua Menteri perlu menjelaskan permohonan tanah kampung ini. Rakyat Sabah bimbang pemberian tanah kepada PATI bakal meminggirkan warga tempatan di Sepanggar. 

46 Comments