Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor
12:08 Aug 15, 2018  |  By SabahKini2
Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor

sesuatu yang sangat mencurigakan apabila seorang yang muflis mampu segera membayar hutangnya bagi membolehkan beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha politik Menteri Pertahanan.

KUALA LUMPUR: SPRM menyiasat Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Mohd Azhar bin Che Mat Dali susulan laporan sesama ahli Pakatan Harapan yang mendedahkan bahawa Setiausaha politik yang muflis itu menerima sejumlah wang RM800 ribu untuk membayar hutang muflisnya.

Ia sesuatu yang sangat mencurigakan apabila seorang yang muflis mampu segera membayar hutangnya bagi membolehkan beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha politik Menteri Pertahanan.

SPRM sedang menyiasat transaksi berjumlah RM800,000 sejurus selepas Mohamad mengangkat sumpah menteri pertahanan. Mat Sabu lebih mempercayai Azhar sehingga sanggup melantik beliau sebagai Setiausaha politiknya.

“Dia seorang yang setia dan bersama Mohamad ketika susah dan senang, termasuk ketika Mohamad hilang pengaruh selepas diketepikan PAS dan kemudian meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Amanah,” kata sumber yang dekat dengan pemimpin Amanah itu.

Pelantikan Azhar tidak disenangi ramai kawan-kawan Amanah yang juga mahu mahu menjadi Setiausaha Politik di kementerian utama itu. Bukti Jabatan Insolvensi Azhar memang seorang yang muflis

“Ramai kawan-kawan yang kononnya ‘berhaluan kiri’ ini tidak ada pendapatan tetap. Ada antara mereka dari Amanah, ada dari parti komponen lain, serta aktivis yang perlukan kestabilan kewangan,” kata sumber itu.

“Jadi laporan terhadap Azhar Setiausaha politik dengan mendedahkan beliau muflis serta menerima wang dari kontraktor telah menggugat Mat Sabu”

Pendedahan setiausaha politik disiasat SPRM itu adalah usaha untuk menghalang angkat sumpah semua setiausaha politik kementerian minggu ini dengan harapan ia boleh menggagalkan pelantikan dan mengosongkan jawatan itu.

Menurut SPRM terdapat 12 orang telah memasukkan wang RM 800 ribu kepada Azhar bagi urusan pembayaran kepada jabatan insolvensi. Senarai pemberi wang itu adalah antara syarikat kontraktor yang mendapat projek di Kementerian Pertahanan. 

“Wang didepositkan dalam RM2,000 sehingga RM100,000, terkumpul RM800,000.”

Status muflis Mohd Azhar bin Che Mat Dali  itu diselesaikan dalam tempoh dua hari. Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

 

Alasan diberi ialah wang ini hasil dari 'crowd funding' atau biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis.

SPRM perlu menyiasat apa motif syarikat kontraktor mendepositkan wang itu kerana mungkin ada tawaran lain bagi kedudukan jawatan Setiausaha Politik menteri itu. 

Mohamad Sabu kini dikatakan berunding dengan SPRM agar senarai pembayar wang itu diisytihar senarai penderma dari rakan-rakan bukan sebab rasuah. Namun masalahnya syarikat-syarikat itu pernah mendapat projek di Kementerian Pertahanan.

Ramai mahu SPRM mendedahkan senarai 12 kontraktor yang memasukkan wang dalam akaun Azhar ini kerana pada masa depan mereka dilihat mempunyai prospek untuk mendapat manfaat dari projek-projek Kementerian Pertahanan. 

Nampaknya belum 100 hari sudah ada kontroversi rasuah di Kementerian Pertahanan.

18 Comments