Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF
23:08 Aug 23, 2018  |  By SabahKini2
Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF

Sumber MOF memaklumkan Syarikat binaan terowong kontroversi Pulau Pinang Consortium Zenith bakal menjadi syarikat proksi utama Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF. Mengapa?

Sumber dari pegawai Kementerian Kewangan memaklumkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan bersama YB Tony Pua Pegawai Khasnya sedang menyusun pasukan kontraktornya di MOF bagi membolot projek yang bakal dilaksanakan.

Tony Pua menjadi penasihat utama Lim Guan Eng

Pemain utamanya Tony Pua dikatakan sudah bertemu dengan rakan-rakan kontraktor termasuk dari China dan juga kontraktor kontroversi seperti Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd yang dipercayai Lim Guan Eng membina projek terowong Pulau Pinang.

Sumber MOF itu mendedahkan Zenith bakal kembali tetapi bukan di Pulau Pinang kini di Putrajaya. Syarikat Pembina Terowong Pulau Pinang kos RM6.34 bilion dibayar awal RM209 juta dengan keuntungan syarikat RM 61.5 juta pastinya amat sesuai menjadi ‘vehicle’ DAP.

Awal januari tahun ini Consortium Zenith diserbu SPRM bersekali dengan syarikat pemegang saham Ewin-Zenith Sdn Bhd (Menara Boustead Penang), 555 Capital Sdn Bhd (Lee Toong Leon- (Pengerusi YES PCCC).Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd  dan Datuk Ewe Swee Kheng timbalan pengerusi syarikat Ewein Berhad direman SPRM 8 hari. 76 saksi dan 42 lokasi diserbu.

Sumber Infografik: Media Sosial

Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd mempunyai 3 syarikat pemegang saham iaitu Zenith Contruction Sdn Bhd (pemegang saham terbesar), Kenanga Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd. Zenith Contruction mempunyai 99% kepentingan dalam syarikat konsesi. Vistari Lestari mempunyai kepentingan 41.2% dalam Zenith Contruction. Zarul dan anaknya Zarul Ikhwan mempunyai kepentingan 75 % dalam Vista Lestari.

Secara keseluruhan Zarul dan anaknya hanya mempunyai 31 peratus dalam syarikat konsesi terowong iaitu Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd. 

Bakinya 69% lagi geng-geng taikun belaan Lim Guan Eng termasuk Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang dipelopori Penasihat PCCC Tan Sri Kok Ping dan Dato 'Seri Choot Ewe Seng Presiden PCCC termasuk isteri Lim Guan Eng Betty Che PCCC bersama Phang Li Khoon (penjual banglo rumah murah)

Lim Guan Eng katanya telah mengarahkan Tony Pua menggunakan Consortium Zenith ini memandangkan kepentingan DAP turut dipelihara. 

Bukti terbaru ialah apabila ahli lembaga pengarah Consortium Zenith melalui Datuk Ewe Swee Kheng dalam syarikat Ewein Berhad dilaporkan antara penaja kos penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM bernilai RM30 juta pada 3 Jun lalu.

Datuk Ewe Swee Kheng (Ewein) dan Lee Tong Leon (555 Capital Sdn Bhd)
Dari baju lokap SPRM  kini Pemegang Saham syarikat Consortium Zenith menaja siaran Piala Dunia 2018 di RTM.
Apakah tujuannya? Balasannya?


Pasukan sama Team Terowong dalam urusan jual beli tanah tahun 2016

Akhirnya kes Terowong membawa ahli lembaga pengarah Consortium Zenith direman SPRM

[ARTIKEL BERKAITAN - kontroversi syarikat proksi Lim Guan Eng dan Tony Pua boleh dibaca dalam laporan portal Sabahkini2.com]

9 Januari 2018
Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP

10 Januari 2018
Lim Guan Eng dapat 23 hari proksi projek terowong SPRM reman 6 hari

12 Januari 2018
Skandal Terowong: Lim Guan Eng bohong mengenai bayaran dan makin hampir dipanggil SPRM

22 Januari 2018
SPRM Sahkan rasuah Terowong tapi Lim Guan Eng datang menyibuk di Tawau

 

Dato’Gnanaraja penipu ikut rombongan Dr Mahathir ke China

Seorang lagi rakan perniagaan Lim Guan Eng dan Consortium Zenith ialah Dato’ Gnanaraja penipu yang ditahan SPRM pada februari lalu. Ketika lawatan Dr Mahathir ke China beliau menjadi wakil kepada Lim Guan Eng bagi urus niaga dengan syarikat China.

 

Di China Dato’ Gnanaraja penipu ini menunjukkan dalam instagramnya beliau selaku Pengerusi SD Energy Berhad bersama China Nuclear Engineering & Contruction Group (CNECC) menandatangi MOU stesyen janakuasa baru Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) di negeri Kedah. Beliau turut memaparkan gambar-gambar mesyuarat bersama CEO Ali Baba Group dan CFO Zhejiang Geely Holdings Group.

Dato’ Gnanaraja dikatakan menjual nama Lim Guan Eng sebagai wakil dan punya hubungan rapat dengan Menteri Kewangan Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN Kes Rasuah Dato’ Gnanaraja bersama Zenith Construction dibayar RM19 juta]

28 Februari 2018
Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta

2 Mac 2018
Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang

11 Mac 2018
Lim Guan Eng mengaku kenal rapat Dato' Gnanaraja yang dibayar RM19juta?

18 Mac 2018
Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng

Selepas gambar tular netizen mempersoalkan misi Dato’ Gnanaraja ke China mengikuti rombongan Perdana Menteri. Apakah beliau adalah wakil Lim Guan Eng di China?. Tak mungkin Dato’ Gnanaraja dapat menandatangani MOU di China jika tidak menggunakan nama Lim Guan Eng.

Dato’ Gnanaraja yang dilaporkan banyak kes penipuan termasuk meminta rasuah RM19 juta kes terowong melibatkan Zenith yang disiasat SPRM kini menjadi wakil Lim Guan Eng di China.

Apakah dengan pembatalan beberapa projek dari syarikat China bakal membawa Consortium Zenith melaksanakan projek yang diarah Menteri Kewangan?

6 Comments