Tular whatsapp Timbalan Menteri tuduh Musa Berlakon Sakit
13:08 Aug 23, 2018  |  By SabahKini2
Tular whatsapp Timbalan Menteri tuduh Musa Berlakon Sakit

Tinjauan media sosial terutamanya facebook mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tuduhan Azis itu dan ada juga yang menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas dari seorang Timbalan Menteri

 

KOTA KINABALU: KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Hj Jamman mendakwa bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Hj Aman yang dilaporkan telah kembali ke tanahair dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan di ibu negara itu, sebagai hanya berpura-pura sakit.

Memetik perbualan whatsapp yang tersebar di laman media sosial dalam kumpulan Ketua& Exco&Suk Wira dan Wati, Dato Aziz Jamman mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa Musa Aman berlakun terbaring dibatas katil namun sebenarnya beliau sihat

Kenyataan Dato’ Aziz turut mengetengahkan bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan Musa menipu mengenai tahap kesihatannya.

Menurut Ahli Parlimen Sepanggar itu lagi, beliau telah mendapat makluman dari seorang kenalan bahawa kononnya kenalan beliau itu telah terserempak dengan Musa dan isterinya, yang sedang bercuti di Pulau Phuket, Thailand, 3 hari lepas, sebelum terbang ke Singapore dan kemudiannya ke Subang seperti yang dilaporkan media.

Katanya di dalam mesej tersebut “We have enough info Musa berlakon sakit, dia baru balik dari Phuket dengan isteri dia dan terus ke Singapore sakit terbaring atas katil"

Namun begitu, berdasarkan paparan 'whatsapp' antara Azis dan kenalannya yang telah tersebar luas di media sosial itu, jelas didapati dakwaan tersebut tidak dapat disokong oleh sebarang bukti sama ada bukti bergambar mahupun bukti dalam bentuk dokumen perjalanan ataupun rekod Jabatan Imigresen.

Aziz turut mendakwa Musa Aman terbaring mana mungkin ada pesakit yang meletakkan tongkat di atas tangannya. Tambah beliau lagi bagi meyakinkan bahawa ahli di dalam group whatsapp tersebut segera membuat laporan polis sebagaimana desakan yang dia inginkan di awal petikan mesejnya.

Tinjauan oleh Sabahkini2 di media sosial terutamanya facebook mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tuduhan Azis itu dan ada juga yang menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas sepatutnya sebagai Timbalan Menteri siasatan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis bukan mencipta persepsi seakan-akan membalas dendam terhadap Musa Aman.

"Adalah begitu keterlaluan melihat anggota kabinet Malaysia iaitu Timbalan Menteri bersikap menuduh serta bertindak sehina itu apabila beliau hingga mengarahkan anak-anak buahnya untuk membuat laporan polis berkenaan hal tersebut dengan hanya bersandarkan pada satu mesej melalui whatsapp yang diterima oleh beliau daripada kenalannya" kata Luqman

Sumber dari Warisan mengesahkan kumpulan Whatsapp itu tulen dan mereka sedang mengenal pasti ahli yang menyebarkannya.

12 Comments