Sabah ikut keputusan Dr Mahathir batalkan projek TSGP- Shafie
01:08 Aug 24, 2018  |  By SabahKini2
Sabah ikut keputusan Dr Mahathir batalkan projek TSGP- Shafie

Tidak menghairankan Shafie Apdal akur keputusan Dr Mahathir membatalkan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) kerana Shafie dianggap lebih ‘Pro Malaya dan Mahathir’.

SEMPORNA: Kerajaan negeri menerima baik keputusan kerajaan Pusat membatalkan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) atas alasan faktor kewangan dan jumlah hutang negara. 

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun tindakan itu memberi kesan kepada Sabah dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan namun kita perlu akur apa yang diputuskan oleh Dr Mahathir Perdana Menteri kita.

“Langkah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan projek berskala besar seperti TSGP dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah tindakan yang kita alu-alukan.

“Ini adalah satu projek yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah. Bukan satu keutamaan.

“Pada masa hadapan akan laksanakan sekiranya keadaan mengizinkan tetapi kini kewangan terbatas, maka langkah kerajaan Pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri kesayangan kita amat kita hormati,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia memutuskan untuk membatalkan projek ECRL dan TSGP ekoran lawatan Dr Mahathir ke China.

Bagaimanapun semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancaranya bersama Malaysiakini dipetik Sinar Harian bahawa keputusan pembatalan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan saluran paip Strategic Energy Resources (SSER) belum muktamad.

Beliau berkata, apa yang beliau lakukan pada lawatan rasmi ke China baru-baru ini adalah untuk menetapkan prinsip bergerak ke hadapan namun pembatalan, penangguhan atau penyelesaian cara lain projek berkenaan belum dapat ditentukan lagi.

"Saya berkata jika kita boleh, kita ingin membatalkannya. Jika kita tidak dapat, kita ingin menangguhkan dan melihat cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangan kita.

"Ini adalah pilihan, bukan keputusan hitam dan putih. Anda perlu meninggalkan ruang untuk rundingan," katanya.

Dua projek paip gas turut dibatalkan dan ia adalah projek paip pelbagai guna (MPP) dan paip gas rentas Sabah (TPP).

MPP ialah bagi menyambung Pengerang ke Alor Star. Selama ini, Malaysia tidak berupaya bagi kapasiti penapisan dan perlu mengimport petrol dan diesel dari Singapura. Melalui projek Pengerang dikatakan mampu menutup jurang kekurangan itu.

Projek TPP bagi membina saluran paip gas dari Terminal Gas Kimanas ke Sandakan dan Tawau membolehkan loji tenaga yang menggunakan gas dapat beroperasi di sebelah barat Sabah dan menyelesaikan masalah elektrik yang kini didepani penduduk di kawasan itu selain membekalkan kepada kompleks industri di kawasan berkenaan, meningkatkan kemajuan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Kedua-dua projek paip gas ini adalah projek jangka pendek yang akan mengambil masa tiga tahun dengan kos RM9.4 bilion. Oleh kerana projek ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat keempat terbesar di dunia yang dimiliki oleh kerajaan China dan tiada kebimbangan syarikat ini gagal.

Ketiga-tiga projek ini dibiayai oleh kerajaan China dengan pakej pembiayaan jangka panjang selama 20 tahun dan tidak perlu membayar selama 7 tahun. Kadar faedah adalah pada 3.25 peratus juga lebih rendah daripada kos pembiayaan kerajaan pada masa ini iaitu pada 4.2 peratus jika kita mengeluarkan bon.

Dijangka jika Dr Mahathir ‘U-Turn’ Shafie Apdal juga akan mengikut keputusan Dr Mahathir termasuk royalti minyak 20 % dikira dari keuntungan.

Netizen dalam komen-komen media sosial percaya Shafie Apdal akan akur keputusan Dr Mahathir itu kerana Shafie dianggap lebih ‘Pro Malaya dan Mahathir’.

4 Comments