Borang Projek IC 'Kantoi' Shafie arah tidak guna borang 'Aduan Warisan'
21:08 Aug 26, 2018  |  By SabahKini2
Borang Projek IC 'Kantoi' Shafie arah tidak guna borang 'Aduan Warisan'

Selepas kantoi borang 'Aduan Warisan' menjadi platform rakyat yang tidak mempunyai kad pengenalan mengadu, Warisan mengarahkan borang itu tidak digunakan lagi bagi mengelak kecaman.

SEMPORNA - Empat hari lalu, rakyat semporna rasa gembira bila mengisi borang aduan kerana yakin shafie akan tunaikan janji mereka. Lebih 80 peratus yang hadir mempunyai masalah yang sama iaitu MyKad atau Kad Pengenalan diri.

Menjadi tatacara penjawat awam setiap aduan hendaklah diproses dalam tempoh tiga hingga ke tujuh hari aduan diterima selepas program selesai. Bagaimanapun selepas borang itu 'kantoi' bocor pula kumpulan WhatsApp Warisan Semporna dari pemimpin Warisan memaklumkan borang tersebut tidak lagi dikeluarkan dan diterima.

"Borang itu bukan borang projek IC tetapi borang aduan rakyat, pihak penganjur tidak lagi mengeluarkan dan menerimanya". kata Setiausaha Bahagian Warisan Semporna

Sebelum ini borang yang sama atas logo Parti Warisan turut digunakan dalam program Datuk VK Liew Menteri Undang-undang di Parlimen Batu Sapi. Datuk VK Liew turut melaporkan kepada pihak polis menafikan program Projek IC 2.0 dianjurkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi? ]

Netizen mempersoalkan jika aduan mereka mengenai bantuan membuat MyKad diterima dan diproses oleh Warisan Semporna memandangkan ramai ibu bapa membawa anak mereka mengisi borang aduan tersebut. Kini aduan mereka tidak diterima. Apakah ini wayang?

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjawab dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan MyKad kepada pendatang asing tanpa izin namun mengaku mereka hanya membantu suami warganegara tempatan yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapat MyKad termasuk anak-anak mereka.

"Kami bantu apabila ada suami tempatan yang berkahwin dengan orang asing dan ada anak tetapi selepas itu ditinggalkan suami sehingga menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah dokumentasi"

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

Warisan sedar strategi menggumpul aduan menggunakan 'borang warisan' mengundang bencana sehingga mereka terpaksa memberi arahan untuk tidak menggunakan borang berlogo Warisan.

 

11 Comments