IJM Land proksi DAP pertahan 'Tembok Besar China Kuantan' dirobohkan oleh Dr Mahathir
10:08 Aug 27, 2018  |  By SabahKini2
IJM Land proksi DAP pertahan 'Tembok Besar China Kuantan' dirobohkan oleh Dr Mahathir

Dato' Soam Heng Choon CEO & MD IJM Land sahabat baik Lim Guan Eng Menteri Kewangan akan pertahankan 'Tembok Besar China Kuantan' dirobohkan oleh Dr Mahathir. Berbilion dibelanjakan projek itu termasuk sumbangan besar kepada DAP.

Bukan sesuatu yang menghairankan projek mega dengan kerjasama China ditangguh atau dibatalkan. ECRL, HSR malah Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi MCKIP dirobohkan.

Dr Mahathir dalam wawancara selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telahmembangkitkannya kepada Beijing.


VIDEO: Wawancara Dr Mahathir "Tembok Besar China Kuantan' dirobohkan"

"Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini.

"Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan," katanya

"Jadi kita perlu robohkan tembok ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara," kata Dr Mahathir.

MCKIP dilancarkan secara rasmi pada 5 Febuari dimiliki 49 peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan 51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd.

Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada; 

  1. IJM Land Bhd (40 peratus)
  2. Sime Darby Property Bhd (30 peratus)
  3. dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).

Ini bermakna IJM Land Berhad pemegang saham terbesar dalam Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd. Ramai yang tidak tahu di belakang MCKIP dan tembok besar China Kuantan ialah IJM.


Arahan PM atau apa sahaja selepas ini pasti akan menyebabkan IJM Land syarikat jenis lalang ‘talam dua muka’ yang dipimpin oleh dua orang cina sombong iaitu Dato' Soam Heng Choon (CEO & MD) dan Mr Lee Chun Fai Timbalannya akan menerima kesannya. Syarikat ini lalang makan kiri kanan. BN atau PH dia tetap untung. Itulah mainan Dato' Soam Heng Choon dan Lee Chun Fai. Kerja mereka berdua ini ialah bayar rasuah untuk mendapat projek.

Dengan DAP mereka menjadi proksi dan pembiaya PH dalam masa sama mereka menjilat pemimpin BN seperti Dato’ Sri Najib, pemimpin MCA dan juga Dato’ Seri Adnan Yaakob bekas Menteri Besar Pahang. Ini bermakna jika Dato' Soam Heng Choon (CEO & MD) dan Mr Lee Chun Fai jika mereka tidak datang mengadap menjilat Dr Mahathir projek mereka MCKIP pasti menjadi mangsa. Pastinya untuk kekal mereka akan gunakan Lim Guang Eng. Agaknya berapa mereka akan tawarkan untuk kekal relevan?

Apa projek IJM tak dapat dari kerajaan BN dan DAP Pulau Pinang? Semua mereka rembat. 13 Mei lalu IJM diberi kontrak pakej Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bawah tanah bernilai RM1.12 bilion. Pakej yang membabitkan laluan bawah tanah dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang itu diperoleh daripada Prasarana Malaysia Bhd. Bagaimana IJM melobi projek itu dengan Prasarana yang terkenal penuh rasuah. Anda pasti tahu apa ada di Prasarana! CEOnya memang kaki rasuah. semua boleh. 

[ARTIKEL BERKAITAN Syarikat Prasarana yang penuh skandal rasuah - Rasuah LRT3: CEO Prasarana goyang kaki, KP SPRM lembap ]


Hubungan Dato' Soam Heng Choon dengan Lim Guan Eng memang rapat.
Apakah Tembpk Besar China Kuantan akan dirobohkan jika Lim Guan Eng campur tangan?

Di Pulau Pinang IJM mendapat banyak projek melalui kerajaan DAP Lim Guan Eng. Projek Pembangunan Waterfront Pulau Pinang sahaja sudah RM 4.5 bilion. Dato' Soam Heng Choon CEO IJM pernah menyumbang RM3 juta untuk Wisma DAP di Rangoon Road Penang.

Semangat Dato' Soam Heng Choon dan IJM lahir dari pengasasnya Taikun Koon Yew Yin yang bukan saja membentuk IJM tetapi Mudajaya dan Gamuda. Semua syarikat jenis ’Talam dua muka’ ini mendapat manfaat projek berbilion ringgit dari BN dan DAP sehingga sekarang.

Koon Yew Yin pengasas IJM- penderma tegar DAP. Apakah hubungannya dengan Tun Dr Mahathir mungkin
boleh menyelamatkan Tembok China Kuantan milik IJM bakal dirobohkan?

Koon Yew Yin pada Februari 2017 yang lalu telah menyumbangkan sebanyak RM 50 juta kepada DAP untuk membantu kempen parti itu menawan Putrajaya dalam PRU-14. Itulah semangat IJM. Terus hidup dan makan kiri kanan sambil menikam.

Seruan Dr Mahathir untuk merobohkan 'Tembok Besar China Kuantan' merimaskan Dato' Soam Heng Choon dan Lee Chun Fai. Tidak mustahil bermula dari tembok ia akan memasuki fasa gangguan perjalanan projek itu yang membelanjakan bilion ringgit apatah lagi kerajaan negeri Pahang adalah 30 peratus pemegang sahamnya.

Nampaknya hubungan Dato' Soam Heng Choon dengan Lim Guan Eng DAP tidak cukup untuk menyelamatkan projek ‘Tembok Besar China Kuantannya’. Apakah Dato' Soam Heng Choon akan bermasalah dengan pelabur syarikat China? Sumber IJM,  Dato' Soam Heng Choon akan mempertahankan 'Tembok Besar China Kuantan' itu. 

Fasa pertama projek MCKIP, 710 ekar telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd (usaha sama antara dua syartikat China - Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd). Alliance Steel membina loji keluli bersepadu moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun ini. Kilang bateri dan aluminium juga dilaporkan melabur di MCKIP

Dato' Soam Heng Choon dan Mr Lee Chun Fai Timbalannya pasti tidak dapat tidur malam namun kerana kesombongan mereka kita ucapkan “Padan Muka” dan selamat merobohkan ‘Tembok Besar China Kuantannya’. Ini Malaysialah bukan China!

By

Hamzah Hasan

1 Comment