Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS
14:08 Aug 30, 2018  |  By SabahKini2
Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

Rakyat Sabah mempertikaikan sudah tidak ada orang Sabah layak di kerusi Presiden MPS sehingga terpaksa melantik Datuk Hu Chang Lik seorang taikun balak dan gengster Sarawak. Tapi kerana wang..

 

KOTA KONABALU- Pelbagai pihak di Sabah mempertikaikan pelantikan Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baru. Datuk Hu dianggap bukan orang Sabah dan dikatakan seorang taikun dari Sarawak

Bekas Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen menyifatkan pelantikan pelantikan taukeh balak ini membelakangkan rakyat Sabah.

"Orang Sabah tiada yang pandai. Datuk ini memang padai tidak payah ikut exam kerajaan terus boleh dapat JUSA. Taukeh balak memang hebat

“Mungkin ini konsep baru? Satu lagi standard operation procedur (SOP) ciptaan kerajaan Warisan, UPKO dan PH selepas pelantikan Jabatan Air Negeri Sabah”. kata Arthur dalam facebooknya hari ini.

Semakan portal Sabahkini2 Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik memiliki banyak syarikat antaranya Borhill Development Sdn. Bhd, Sri Satuan Sdn Bhd, Borhill Estates Sdn. Bhd dan beberapa lagi di Sandakan Sabah.

Dalam beberapa sebaran kumpulan Whatapps yang tular Datuk Hu juga dikatakan sebagai seorang "Gengster Sarawak" dan telah menyumbang RM20 juta kepada Warisan dalam PRU ke 14.

Oleh kerana Datuk Hu Chang Lik pemberi dana kepada DAP dan Warisan Sabah maka tidak hairan mengapa Stephen Wong Ahli Parlimen DAP mengesyorkan nama Datuk Chu sebagai Presiden MPS kepada Shafie Apdal. Pelantikan ini akan memudahkan DAP melaksanakan  misi mereka di Sandakan terutama penggunaan peruntukan di MPS.

Shafie dikatakan terpaksa akur kepada cadangan DAP itu memandangkan Shafie juga melantik adik, pakcik, anak buah malah orang asal Semporna di Jabatan Ketua Menteri seperti  Haji Abdullah Minun Sahirudin sebagai Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) 

 

 

 Antara komen-komen Netizen mempertikai Datuk Hu.

9 Comments