(VIDEO) Mat Sabu sahkan SPRM tidak ambil tindakan Setiausaha Politiknya
09:08 Aug 31, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Mat Sabu sahkan SPRM tidak ambil tindakan Setiausaha Politiknya

Didesak oleh Ketua Pemuda AMANAH untuk merehatkan Setiausaha Politiknya. Mat Sabu mengesahkan SPRM tidak mengambil tindakan terhadap Azhar. Mat Sabu membayangkan kes bakal ditutup

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan desakan pergerakan Pemuda AMANAH yang mahu isu pegawai kanannya direhatkan sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah Setiausaha Politik Mat Sabu serius perlu direhatkan- Ketua Pemuda AMANAH ]

Katanya, tidak ada keperluan berbuat demikian kerana beliau mengesahkan sehingga hari ini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Politiknya itu.

“Kalau orang kena siasat semua kena berhenti, banyaklah yang kena berhenti.

“Saya sendiri disiasat oleh polis berpuluh kali dalam hidup tapi yang didakwa satu, dua saja dan itu pun saya menang,” katanya

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan maklumat daripada SPRM bahawa antara syarikat yang memberi wang kepada Azhar ialah Syarikat Jakel. Laporan dibuat kepada SPRM berhubung rasuah RM800 ribu dibocorkan  oleh Setiausaha Sulit Menteri Pertahanan sendiri.

Namun sehingga kini SPRM masih berdiam diri dari mendedahkan hasil siasatan mereka. SPRM terlalu berhati-hati dan dilihat sengaja melengah-lengahkan siasatan jika melibatkan pemimpin kerajaan. Dalam tempoh terdekat SPRM akan menutup kes Azhar Setiausaha Mat Sabu sekalipun terdapat bukti beliau menerima RM800 ribu untuk urusan pembayaran muflisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN:Terdedah: Jakel beri lebih RM500 ribu dan SPRM takut mahu reman Setiausaha Politik Mat Sabu ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor ]


Dato' Seri Shukri Abdull KP SPRM yang sering dilihat menjadi kuda Mahathir kini mengambil strategi mendiamkan diri dan menyerahkan kuda barunya Dato' Sri Azam Baki TKP SPRM melaksanakan tugasnya. Tumpuan mereka sekarang ialah kes 1MDB dan terbaru menahan Bekas Ketua Pengarah Perisikan Luar Negara.

Comment