SPRM sahkan dakwa Isa Samad bakal heret rasuah Zahid Setiausaha Politik PM!
12:08 Aug 31, 2018  |  By SabahKini2
SPRM sahkan dakwa Isa Samad bakal heret rasuah Zahid Setiausaha Politik PM!

SPRM berkata pihak pendakwa bakal mendakwa Isa Samad kes FELDA. Bagaimanapun jika Isa Samad didakwa bermakna Zahid Mat Arip Bekas Pegawai Khas Pengerusi FELDA yang terlibat rasuah kini Setiausaha Politik PM juga mesti didakwa bersama.Beranikah SPRM?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk membuat pertuduhan terhadap bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata ia membabitkan kes pembelian dua hotel, masing-masing di Kuching, Sarawak dan Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

“Dalam isu Tan Sri Isa Samad, pihak pendakwa raya dalam pertimbangan untuk pertuduhan.

“SPRM juga akan memaklumkan secepat mungkin kepada media sekiranya sudah mendapat persetujuan daripada pendakwa raya,”

Pada 21 Jun tahun lalu, Isa dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, tampil memberi keterangan kepada SPRM di Putrajaya, sebelum SPRM membuka kertas siasatan baharu berhubung pembelian hotel oleh FIC di Kensington, London dan Kuching, Sarawak, masing-masing pada 14 Julai dan 27 Julai tahun lalu.

 

Setiausaha Politik PM Zahid Md Arip juga perlu didakwa kerana terlibat rasuah bersama Tan Sri Isa

Memandangkan Zahid Md Arip yang ditangkap SPRM 1 Ogos 2017 Pegawai Khas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad maka Datuk Shukri KP SPRM dan Azam Baki TKP jangan lupa mohon Zahid Mat Arip yang kini adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri perlu didakwa sekali.

Zahid Md Arip terlibat dengan rasuah pembelian Hotel Merdeka Palace & Suites oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tahun 2014 melibatkan rasuah sejumlah hampir RM10 juta. 

Selepas SPRM menyiasat pembelian hotel mewah bernilai RM330 juta di Kensington, London, SPRM mula menyiasat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites hotel bertaraf empat bintang di Kuching.

Sumber SPRM sendiri mendedahkan bahawa harga pasaran Hotel Merdeka Palace  & Suites di Jalan Tun Abang Haji Openg ialah RM110 juta namun telah dijual kepada FIC RM160 juta terlebih bayar RM50 juta. 

SPRM turut menyerbu enam syarikat membantu siasatan termasuk firma Deloitte Corporate Solutions Sdn Bhd (Deloitte Malaysia),firma guaman Mohamed Ridza & Co (MRCO), Raine & Horne International Zaki & Partners Sdn Bhd, Henry Butcher Malaysia (Sarawak) Sdn Bhd dan Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd.

Beranikah Dato' Seri Shukri KP SPRM, Azam Baki TKP SPRM dan Peguam Negara hendak mendakwa Zahid Mat Arip ahil MT PPBM dan juga Setiausaha Politik PM bersama Tan Sri Isa Samad?. Bekas Pegawai Khas terbukti ambil wang rasuah. Apakah SPRM akan 'Double Standard"?

Terdapat unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa terhadap pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites sehingga FIC terlebih bayar kerana untuk membayar komisen kepada pihak yang terlibat. 

Zahid Md Arip selaku pegawai khas Tan Sri Isa ketika itu menjadi orang tengah dalam urusan itu dikatakan menguruskan RM10 juta komisen untuk pasukannya dan diagihkan sesama mereka.

Jadi jika Tan Sri Isa seorang didakwa dan membiarkan Zahid Mat Arip Setiausaha Politik Perdana Menteri sekarang bebas ia tentu amat tak kena. Zahid kenyang dengan rasuah tetapi yang kena Tan Sri Isa seorang. SPRM harap tidak bias! Rakyat sedang melihat

 

 

 

 

3 Comments