Terbukti Zuraida bohong kereta mewah miliknya 'taukeh' beri
06:09 Sep 05, 2018  |  By SabahKini2
Terbukti Zuraida bohong kereta mewah miliknya 'taukeh' beri

Zuraida bohong lagi

Isu kenderaan mewah Zuraida muncul kembali. Benarkah Zuraida miliki Mercedes Benz sejak 20 tahun lalu? Rekod JPJ 8 nama kereta atas nama Zuraida termasuk Mercedes Benz Adam Rosly beri selain 'taukeh' beri

Akhirnya sudah dijangka kisah kekayaan Zuraida Kamaruddin akan kembali dimainkan semula. Beberapa portal online melaporkan Zuraida sudah 20 tahun memiliki Mercedes Benz.Dulu Zuraida hanya seorang penjual buah sebelum berubah menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Wanita PKR. Kini Zuraida 'mak lampir' ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apakah selepas Zuraida menjadi menteri beliau mememiliki kereta baru?

Selepas proksi dan anak didiknya Dato’ Adam Rosly ditahan SPRM serta didakwa di Mahkamah Zuraida membuangnya seperti anjing. Zuraida tidak segan silu mengutuk Adam sebagai anak muda yang kaya tapi gelojoh. Wal hal Adam salah seorang penyumbang kekayaannya.

Wawancara Zuraida: Adam anak muda kaya yang gelojoh

Kini sekali lagi Zuraida Kamaruddin menepis dakwaan terlibat dalam rasuah selepas dilantik ke Kabinet, susulan beberapa pemimpin PKR mempersoalkan kereta mewah Mercedes Benz yang dimilikinya dalam kempen perebutan jawatan PKR. Team Azmin dan Team Rafizi saling dedah mendedah antara satu sama lain.

“20 tahun dahulu lagi saya sudah bawa Mercedes Benz, ketika itu tidak ada orang yang tanya dari mana saya dapat duit.

“Sekarang ini, ada yang tanya dan persoalkan dari mana saya dapat duit,” katanya di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Perdana Selangor, di Dewan Sivik MBPJ.

Benarkah 20 tahun lalu Zuraida sudah membawa Mercedes Benz? Dari mana Zuraida dapat kekayaan?

Pada 26 Mei 2017 ketika bergaduh dengan Rafizi Ramli Zuraida mengakui beliau gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import. “Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya. Betulkah?

Sebenarnya Zuraida sentiasa membuat penipuan tentang kenderaan yang dimilikinya kononnya menggunakan AP dan kelayakan pinjaman Ahli Parlimen. Sedangkan AP kenderaan diberi sekali untuk satu penggal. Bukan setiap tahun (melainkan AP Khas). Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut.

Dari sudut kelayakan pinjaman Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya, rumah dan lain-lain?. Berapa sangat gaji Zuraida sebagai Ahli Parlimen ketika itu?

KITA SEMAK PEMILIKAN KENDERAAN ZURAIDA SETIAP PENGGAL DIA ADA 3 KERETA- PURATA SETIAP TAHUN BELI 1 KERETA. DUIT DARI MANA?
 

PENGGAL PERTAMA: 2008-2013

Tiga penggal Zuraida menjadi Ahli Parlimen (Belum masuk penggal baru sebagai Menteri perumahan). Penggal Pertama Zuraida sebagai Ahli Parlimen Ampang ialah PRU ke 12, 8 Mac 2008 hingga 5 Mei 2013. Penggal permulaan Zuraida baru belajar sebagai MP. Apakah jenis kenderaan Zuraida ada?

WRL 575- VOLVO X C90 2.5T : Dalam rekod JPJ didaftarkan pada 1/7/2008. Kenderaan rasmi Zuraida selepas 5 bulan menjadi MP Ampang. Memandangkan dalam rekod kenderaan pemasangan tempatan (CKD) maka tidak memerlukan AP. Bagaimanapun harga di pasaran ketika itu RM355K. Sama ada dari gaji atau pemberikan taukeh kita akan nilaikan nanti.

 

 Ini adalah rekod JPJ. Kalau tak percaya boleh tanya Menteri Pengangkutan Anthony Loke

 

WTY 1547- TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 A/T: didaftarkan 31 Mei 2010. Harga RM100K- RM125K.

WWA276- TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G : Didaftarkan 3 November 2011. Harga di pasaran. RM 125K ke RM135K

Kenderaan Kontroversi Zuraida: WTP 1970 -MERCEDES BENZ E200 CGI didaftarkan pada 16 Mac 2010. Satu kenderaan yang pernah menjadi isu pada tahun 2012 yang digunakan oleh Zuraida milik taukeh iaitu milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Zuraida menggunakannya dalam program rasminya di kawasan Ampang. Zuraida sejak jadi MP mempunyai sejarah memiliki kenderaan milik taukeh!

PENGGAL KEDUA MP 2013- 2018. Fasa Zuraida dan Proksi mahir untuk memonopoli projek
(8 Mei 2013 adalah PRU 13)

BHT 63- MOTOSIKAL DEMAK EX 90. Didaftarkan pada 14 November 2013. (Abaikan motor ini hanya info susunan tarikh Zuraida beli kenderaan sahaja)

W6901J - HONDA CIVIC HYBRID: Rekod JPJ didaftarkan pada 23 Disember 2013 iaitu 7 bulan selepas PRU12. Harga di pasaran RM185K. Rekod menunjukkan honda ini adalah kenderaan import dan memerlukan AP. Apakah Zuraida menggunakan AP ahli parlimen ketika itu?

 W2956U - TOYOTA FORTUNER 2.5G : Didaftarkan pada 26 Mac 2014. CKD. Harga dipasaran RM180K- RM200K

 

 

WTY 575- MERCEDES BENZ C200: Rekod JPJ Didaftarkan pada 12 Ogos 2015. Mungkin menggunakan AP Ahli Parlimen tambahan? Sumber berkata ia pemberian Adam Rosly. Kenderaan ini dikatakan kenderaan rasmi Zuraida sebelum menjadi menteri persekutuan. Kereta ini mencetuskan isu dikalangan pemimpin kanan PKR kerana dianggap memonopoli projek PBT Selangor. Mencerminkan perubahan kekayaan Zuraida yang diketahui bukan orang kaya. Mengumpul saman tidak berbayar RM3,950 dua tahun lalu.

 

Infografik- Media Sosial

BAT1111 - TOYOTA VELLFIRE DBA-GGH30W: Didaftarkan pada 27 April 2016. Mempunyai AP. (AP Ahli Parlimen mana?) Harga di pasaran RM 300K- RM350K.

Penggal kedua Zuraida turut dilanda kontroversi melalui kenderaan BNT 9138 MERCEDES BENZ S280. Didaftarkan pada 13 April 2016. Menjadi isu kontroversi bulan julai tahun 2016. Dikatakan hadiah kepada Zuraida Kamaruddin dari sebuah syarikat milik "taukeh" syarikat Hanspec Sdn Bhd. Zuraida menafikan kenderaan.  Syarikat Hanspec yang didedah dalam tv3 tidak permah menyaman TV3 sehingga kini. Mengapa?

TV3 pernah menyiarkan berita Zuraida dan Syarikat Hanspec Sdn Bhd

Rekod sejak Zuraida bermula sebagai MP Ampang penggal pertama 3 kereta, iaitu purata setiap tahun Zuraida membeli kereta baru atau diberi 'taukeh'.

Pada penggal kedua iaitu bermula penghujung 2013 hingga 2016 sebanyak 5 buah kenderaan dibeli oleh Zuraida. Tiga kenderaan mewah mempunyai AP selain kenderaan lain yang juga boleh dianggap mewah iaitu Toyota Fortuner. Persoalannya bagaimana Zuraida menggunakan 3 AP kenderaan dalam 1 penggal? jika ada 1 kouta tambahan sekalipun, AP yang ketiga dari mana? 

Dari senarai kenderaan milik Zuraida adakah kamu percaya 20 tahun lalu memang Zuraida sudah memiliki BMW? Terbukti Adam Rosly dan 'taukeh' beri. Zuraida adalah team Azmin. Orang PKR boleh memilih sama ada tolak atau terima pemimpin rasuah macam Zuraida Mak Lampir!

Dari- Bekas IO

 

 

 

1 Comment