Kejutan Gugur kes Guan Eng 'Kantoikan' kerjasama SPRM dan AG
17:09 Sep 03, 2018  |  By SabahKini2
Kejutan Gugur kes Guan Eng 'Kantoikan' kerjasama SPRM dan AG

Akhirnya kerjasama menutup kes Guan Eng kantoi apabila tuduhan rasuah Guan Eng digugurkan. Ia sudah dijangka. Sebelum ini sumber SPRM memaklumkan sokongan KP SPRM kepada AG untuk gugurkan kes.

 

Guan Eng Bebas bukan kerana melawan di mahkamah tapi ditolong Peguam Negara- bekas peguam kes banglo rumah murah

KUALA LUMPUR: Negara hari ini dilanda sindrom trending ‘terkejut’ apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Hari ini dalam kenyataan medianya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan itu bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat Pejabat Peguam Negara dan bukannya suruhanjaya itu.

"SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan Lim daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu,"

 

Perdana Menteri, Lim Guan Eng dan para peguamnya juga menyatakan rasa terkejut walaupun sebenarnya keputusan sedemikian dirancang lebih awal kerajaan Pakatan Harapan.

Pada 26 Julai lalu Sabahkini2 telah melaporkan bahawa maklumat dalaman SPRM mendedahkan Dato' Sri Shukri KP SPRM telah menghantar surat sokongan kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi menggugurkan kes Lim Guan Eng.

Memandangkan semua kertas siasatan dan pendakwaan telah lengkap dan kes juga telah dibicarakan nasihat SPRM terhadap kes itu tetap diperlukan. Dato’ Shukri memang jelas menyokong tindakan pejabat Peguam Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM hantar surat sokongan kepada Peguam Negara gugurkan kes Guan Eng ]

[http://sabahkini2.com/en/news/1073/sprm-hantar-surat-sokongan-kepada-peguam-negara-gugurkan-kes-guan-eng/view]

Seorang Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz turut melaporkan kepada pihak polis salah guna kuasa Tommy Peguam Negara kerana menggugurkan kes tersebut.

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial 90 peratus netizen menyelar tindakan Peguam Negara malah menganggap ini semua ‘wayang’ SPRM dan Peguam Negara untuk mengurangkan impak kes ini kepada kerajaan PH.

Peguam Lim Guan Eng Ram Karpal menyindir SPRM jangan berpura-pura terkejut dengan tindakan yang telah diputuskan bersama antara Peguam Negara dan SPRM.

“Pegawai pendakwa SPRM sendiri memberitahu mahkamah untuk menarik balik dakwaan terbabit’.

“Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM Mohd Masri Daud juga ada bersama”. katanya.

Kenyataan peguam Lim Guan Eng itu memgesahkan apa yang berlaku telah dirancang lebih awal.

Penafian SPRM hanyalah menutup kerjasama kantoi Peguam Negara, Lim Guan Eng dan SPRM

 

 

 

7 Comments