Musa Aman kembali meneruskan rawatan di KL
17:09 Sep 05, 2018  |  By SabahKini2
Musa Aman kembali meneruskan rawatan di KL

Selepas mengangkat sumpah sebagai Adun Sibuga, Tan Sri Musa Aman kembali ke KL malam ini.Beliau akan meneruskan rawatan perubatan beliau di KL

Kredit Video: Utusan Malaysia

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Sibuga petang tadi Tan Sri Musa Aman, bergegas balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas malam ini.

Pesawat dinaiki beliau dijadual berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu KKIA  jam 10 malam ini.

Beliau tiba di Terminal 2 kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diiringi beberapa pemimpin UMNO, antaranya ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; ADUN Lumadan, Matbali Musa dan bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad.

Tan Sri Musa  tiba di Sabah 12.30 tengah hari tadi dengan disambut ribuan penyokong sebelum ke bangunan Dewan Undangan Negeri bagi mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga.

Tan Sri Musa selesai mengangkat sumpah tepat jam 3.33 petang tadi di hadapan Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Difahamkan, Tan Sri  Musa pulang malam ini ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan.

 

1 Comment