Azlan ‘Budak KJ’ tidak mahu letak jawatan di Yayasan milik KBS?
00:09 Sep 07, 2018  |  By SabahKini2
Azlan ‘Budak KJ’  tidak mahu letak jawatan di Yayasan milik KBS?

Dari KJ bising bab rotan lesbian baik KJ tegur Azlan budak dia yang masih Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) meletak jawatan. Dah kenyang projek KBS pun tak mahu berhenti. Sebelum terbongkar!

PUTRAJAYA: Sekalipun dikecam oleh bekas atlet Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azlan Iskandar Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) ‘Budak KJ’ masih belum mahu meletakkan jawatan.

Setelah gagal mencari dana badan itu selain salah laku rasuah Azlan, KJ sendiri nampaknya mahu Azlan kekal di YAKEB walaupun ada desas-desus KJ ada mengarahkan Azlan segera meletakkan jawatan bimbang skandal di YAKEB bakal meletup. Bayangan KJ masih ada dalam KBS

[ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Pengerusi YAKEB ‘Budak KJ’ perlu dipecat seleweng dana KBS ] 

Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan (KBS) dan timbalannya turut mengambil maklum mengenai kemelut di YAKEB sekarang.

Azlan Pengerusi Yakeb adalah Pengarah Projek Khas Syarikat Naza Corporation Holdings Sdn Bhd dilantik oleh YB Khairy Jamaluddin sebagai pengerusi yayasan bagi mengumpul dana untuk Yakeb.

Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) juga menjadi penaja platinum kedua Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 malah Azlan turut mendapat manfaat projek dalam Sukan SEA itu.

YAKEB baru-baru ini mengaku memberhentikan program kebajikan dan bantuan perubatan kepada semua bekas atlet negara mulai 15 Ogos lalu susulan kehabisan dana.

Daripada membiarkan YAKEB terus hanyut ada baiknya KJ menasihati dan menegur Azlan agar segera meletakkan jawatan dari kecoh hal-hal remeh seperti sebatan kepada Lesbian di Terengganu baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

1 Comment