Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat
07:09 Sep 07, 2018  |  By SabahKini2
Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat

Ops Mega 3.0 baru-baru ini di Kg Gentisan dan Tanjung Aru hanya mampu menangkap 58 orang PATI dari ribuan PATI. Mana mereka hilang. Azis Timbalan KDN pula mengugut dalang Projek IC & penular gambar. Sepatutnya siasat pemimpin warisan yang terlibat.

Pada masa akan datang diharap kawasan ramai PATI seperti Kg Numbak digempur habis-habisan. Di Kg Gentisan hanya 30 orang. Sangat kecil

KOTA KINABALU: Dalam beribu Pendatang asing tanpa izin di Sabah hanya 58 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega 3.0 yang dijalankan Jabatan Imigresen di dua penempatan setinggan iaitu Kampung Gentisan, Sepanggar dan Kampung Baru, Tanjung Aru Fasa 1, 4 September lalu.

Operasi yang bermula pada pukul 12.45 hingga 4 pagi itu turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Melalui operasi pertama di Kampung Gentisan, sebanyak 363 individu diperiksa dan 30 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen manakala di Kampung Baru, 28 orang ditahan daripada 277 yang diperiksa.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Azis berkata kerajaan membanteras PATI secara habis-habisan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Hari ini saya bersama anggota jabatan turut melakukan operasi di Sepanggar iaitu kawasan saya sebagai Ahli Parlimen kerana kita mahu masalah PATI diselesaikan.

Gempur Kg Gentisan Kg tradisi di Sepanggar dan Tanjung Aru

Ibrahim, 43 tahun pengundi di Parlimen Sepanggar berkata, hanya 30 orang sahaja ditahan di Kg Gentisan sepatutnya pergilah Kg Numbak atau kawasan berdekatan Indah Permai tu melambak PATI.

“Kami macam tidak percaya Jabatan Imigresen hanya dapat menahan 30 orang, tiap hari ribuan PATI di Sepanggar, gempur besar-besaran tapi dapat tak sampai 100 orang, di mana mereka?”.

“Buat Ops besar-besaran tapi umum kepada media memanglah PATI lari. katanya

Sementara itu Mohd Azis Jamman mengugut menggunakan kuasa mengarahkan polis menyiasat pengedaran borang memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Azis Jamman, menyifatkan dakwaan berkenaan adalah usaha pihak tertentu mencemarkan nama baik Parti Warisan Sabah (WARISAN), khususnya pemimpin kerajaan negeri.

“Saya sudah mengarahkan polis untuk siasat perkara ini dan pastinya kita akan tangkap dalang di sebalik tuduhan ini.

“Kita juga tahu pihak pembangkang sering menyerang dan mengatakan kita menjadi ‘penternak’ kepada PATI di Sabah,” katanya.

 

Siasat Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah

Sabahkini2 mendedahkan sebelum ini 29 Ogos lalu tular beberapa gambar warga asing menyerbu pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Tuaran dan juga Klinik Medisinar milik Dr Zulfikar Zulkifli Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan] 

http://sabahkini2.com/en/news/1167/terbongkar-projek-ic-kecoh-di-tuaran-didalangi-penerangan-pusat-warisan/view

 

Laporan polis juga telah dibuat oleh pelbagai pihak di Tuaran

Warga asing yang ditemui melaporkan mereka mendapat borang edaran pengesahan surat sumpah melalui seorang Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) milik Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah

Justeru adalah sangat wajar sepatutnya pemilik Klinik Medisinar dan juga premis Pesuruhjaya Sumpah di Restoran Samudera Umi Kalsom binti Seti disiasat. Bagaimana borang surat sumpah itu dijual dan diedarkan kepada warga asing atas nama Parti Warisan.

Albert, 45 tahun dari Tuaran berkata, mengapa perlu Timbalan Menteri KDN mengugut rakyat sedangkan bukti di depan mata iaitu pemilik Klinik Medisinar.

“Bukti sudah terang-terangan depan mata. Kami sendiri lihat masa warga asing mengisi borang itu. Setiap borang disertakan kad Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah. Siasatlah dia dulu.”

“Pokok tak bergoyanglah kalau tiada angin bertiup”. katanya

 

 

 

 

4 Comments