Ugut dan arahan tangkap, Peguam PH tegur Timbalan Menteri salahguna kuasa
14:09 Sep 07, 2018  |  By SabahKini2
Ugut dan arahan tangkap, Peguam PH tegur Timbalan Menteri salahguna kuasa

Latheefa Koya turut mempersoalkan di bawah undang-undang apa yang membolehkan Azis bertindak demikian? Apatah lagi untuk mengeluarkan arahan penangkapan?

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman perlu lebih berhati-hati agar tidak mengikuti jejak langkah pentadbiran terdahulu dengan menggunakan ugutan dan ancaman sebagai respon terhadap khabar angin, kata seorang peguam Pakatan Harapan, Eric Paulsen.

Menurutnya di era "Malaysia Baharu" kini, mana-mana anggota Badan Eksekutif tidak seharusnya mengarahkan agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyekat serta menidakkan sebarang bentuk hak kebebasan bersuara rakyat.

Beliau mengulas komen Azis baru-baru ini yang menolak dakwaan bahawa beliau telah memberikan persetujuannya ke atas pengedaran borang kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah, dan mengatakan dakwaan tersebut sebenarnya hanya bertujuan merosakkan reputasi Parti Warisan Sabah.

"Saya telah arahkan pihak polis untuk menyiasat perkara ini, dan jika kita dapat tahu siapa dalang di sebalik dakwaan ini, kita akan tangkap mereka dan ambil tindakan yang tegas," kata Azis  di Kota Kinabalu.

Isu pendatang tanpa izin di Sabah senemangnya cukup sensitif bagi kebanyakan rakyatnya sejak sekian lama. Seperti yang berlaku pada tahun 1990-an, suatu yang digelar sebagai "Projek IC", yang membawa kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin berleluasa.

Paulsen berkata jika khabar angin itu tidak benar, Azis hanya perlu keluarkan satu kenyataan penafian.

"Ianya adalah suatu bentuk penyalahgunaan kuasa bagi seorang timbalan menteri apabila mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu kerana ianya boleh dianggap mempengaruhi kebebasan bersuara."

Beliau berkata kerajaan semasa tidak seharusnya menggunakan pendekatan seperti yang digunakan oleh kerajaan terdahulu yang menyiasat lawan mereka di bawah pelbagai akta seperti Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Latheefa Koya turut mempersoalkan di bawah undang-undang apa yang membolehkan Azis bertindak demikian? Apatah lagi untuk mengeluarkan arahan penangkapan? Menurut Latheefa lagi, tindakan sebegitu adalah tinggalan pentadbiran lama.

"Sebagai seorang (timbalan) menteri, beliau tidak berhak mendapat sebarang layanan istimewa melebihi rakyat biasa. Jika dia tidak berpuas hati dengan dakwaan itu, maka terpulang kepadanya untuk memfailkan saman sivil terhadap fitnah tersebut," katanya 

"Sekiranya dia arahkan mereka ditangkap, maka dia juga dikira bersalah atas penyalahgunaan kuasa dan perlu dipecat dan disingkirkan (dari kabinet) dengan serta-merta."

 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh (DAP) pula berkata, Azis sepatutnya membuat laporan polis supaya pihak PDRM boleh menyiasat perkara itu.

"Bukannya tugas seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memutuskan sama ada suatu kesalahan telah berlaku."

"Sebaliknya ia adalah tanggungjawab pihak polis untuk menjalankan siasatan dan kemudian bertindak sewajarnya jika didapati suatu kesalahan telah dilakukan."

Sementara itu Zulkarnain Mahdar, seorang aktivis dari Sabah memberitahu Azis agar belajar membezakan peranan dan tugasnya selaku seorang timbalan menteri dan selaku ketua sayap Pemuda Warisan.

"Tindakan beliau itu akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai untuk bersuara secara bebas, termasuk golongan netizen dan aktivis politik seperti saya.

"Beliau sepatutnya berlaku adil kepada semua, termasuklah netizen dan juga pihak pembangkang."

Menurutnya lagi, MP Sepanggar itu sepatutnya menggesa ahli partinya supaya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan biarkan pihak berkuasa menyiasat jika ada unsur fitnah.

"Selepas itu biar mahkamah buat keputusan. Mengarahkan polis untuk membuat tangkapan adalah satu tindakan yang tidak betul. Ini adalah negara yang demokratik dan rakyat harus sentiasa berhak untuk bersuara," katanya.

Zulkarnain berkata komen dalam media sosial kebanyakannya melibatkan orang yang risau akan ada satu lagi Projek IC sedang dalam proses.

"Siasatan Suruhanjaya Di Raja 2012 mengenai pendatang tanpa izin menunjukkan bahawa ianya wujud dan berlaku semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

"Dan borang yang telah viral itu mengandungi logo dari organisasi dan pihak tertentu. Justeru, adalah hak rakyat untuk bertanya tentang perkara ini.

"Para netizen hanya bimbang sejarah akan berulang kembali. Dan ini kita dapat lihat berdasarkan komen mereka," kata Zulkarnain.

Sebelum ini dilaporkan  29 Ogos lalu tular beberapa gambar warga asing menyerbu pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Tuaran dan juga Klinik Medisinar milik Dr Zulfikar Zulkifli Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan] 

Johny seorang pengguna facebook berkata sepatutnya yang disiasat ialah Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah kerana secara terang-terangan borang yang diedarkan mengandungi namanya sehingga menyebabkan kliniknya penuh sesak dengan PATI memohon pengesahan dokumen. 

Laporan PBS Dun Tamparuli kepada pihak polis turut memohoan siasatan dilakukan terhadap dua tempat iaitu di Restoran Samudera dan juga Klinik Medisinar Telipok.

Timbalan Menteri mengugut dan cuba melakukan salah guna kuasa adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab menyekat kebebasan bersuara rakyat

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat ]

 

 

29 Comments