Masa Depan Sabah Gelap di Tangan Warisan
11:09 Sep 08, 2018  |  By SabahKini2
Masa Depan Sabah Gelap di Tangan Warisan

Kerajaan Warisan begitu teruja dengan Projek Pemberian IC kepada Warga PATI seperti yang dimuatkan didalam akhbar-akhbar tempatan. Kononnya Kerajaan Warisan memberikan IC kepada warga PATI melalui cara yang betul. Malah mahu memutihkan PATI

Sejak memenangi PRU14 dan berhasil merampas kerajaan Sabah dari BN melalui lompatan ‘katak’ beberapa ADUN BN, tidak kedengaran langsung pelan dan rancangan yang memberikan sebarang faedah dan kebaikan kepada rakyat Sabah.

Sebaliknya Kerajaan Warisan begitu teruja dengan Projek Pemberian IC kepada Warga PATI seperti yang dimuatkan didalam akhbar-akhbar tempatan. Kononnya Kerajaan Warisan memberikan IC kepada warga PATI melalui cara yang betul. Malah mahu memutihkan PATI yang jumlahnya hampir 1 juta di Sabah.

Logiknya, bagaimana kita tahu pemberian IC itu melalui cara yang betul?

Kemudiannya datang YB Azis Jamman Timbalan Menteri KDN yang juga Ketua Wira Warisan pula berkobar-kobar hendak menahan, mengugut dan menangkap mereka yang menyebarkan cerita mengenai Pemberian IC kepada warga PATI. Walaupun cara itu tempang sehingga ditegur oleh Peguam Pakatan Harapan sendiri sebagai menyalahgunakan kuasa.

Kenapa sampai mengugut, YB? Sudah tidak boleh beza kerja antara Timbalan Menteri dengan Ketua Wira parti ke? Jika tidak betul, pastinya ada siasatan dilakukan dan bukannya menghalang kebebasan rakyat bersuara. Azis Jamman pasti pernah mendengar peribahasa, "Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Boleh Bergoyang"...maka, seharusnya siasatan patut dijalankan terhadap dalang pemberian projek IC. Siapakah dalangnya? 

Isu kebakaran 6 buah kampung yang berlaku dalam 38 hari Kerajaan Warisan memerintah juga menimbulkan tanda tanya rakyat sabah. Apa Logiknya 6 buah kampung setinggan terbakar berturut-turut. Ada tak siasatan dijalankan dan apakah sebabnya? Paling membimbangkan penduduk setinggan terbakar ini diberi pula penempatan baru seperti di Kg Darau baru-baru ini yang akhirnya ditentang penduduk kampung.

Belum masuk kampung-kampung yang bakal digazetkan secara misteri seperti Kampung Warisan Jaya di Sepanggar.

Semua ini nampaknya terjawap dengan kembalinya Tan Sri Musa Aman ke Sabah selepas menjalani rawatan di luar negara. Kebimbangan Warisan dan pengikutnya sangat ketara sekali. Mereka akan menggunakan kuasa apa saja untuk kekal berkuasa.

Umum mengetahui pelantikan Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal adalah tidak sah dengan campurtangan TYT Sabah dan pihak berkuasa yang diarahkan untuk menakutkan Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (DDJK) dengan tuduhan menerima rasuah, namun tidak pula menyiasat Madius Tangau yang melompat dan habuannya jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Pihak SPRM menyiasat Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan berpandukan mesej viral di media sosial kononnya DDJK menerima rasuah.

Keganjilan yang kedua berlaku apabila TYT hanya melaporkan kepada pihak polis mengenai kes ugutan "SELEPAS" menabalkan Shafie Afdal sebagai Ketua Menteri selepas 10 hari. Ganjil bukan?

Rahsia mengapa isu pemberian IC kepada Warga PATI akan terus terjawab nanti. Perbicaraan mengenai Status 'Siapakah Ketua Menteri Sabah' yang sah telah membongkar niat jahat sesetengah pihak.

Rakyat Sabah melihat penangguhan demi penangguhan yang dibuat oleh pihak Shafie Afdal hanya menguatkan persepsi bahwa beliau bakal KALAH dalam perbicaraan Kes Ketua Menteri ini. Sekiranya beliau kalah, secara automatiknya kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Adun-adun yang melompat katak ke Warisan bakal dibubarkan. Mengapa? Sebab mereka mengangkat Sumpah dengan Ketua Menteri yang TIDAK SAH.

Ketakutan akan kehilangan kerusi ini dikuatkan lagi dengan penolakan Rakyat Sabah kepada pemimpin perangai katak. Mereka sedar mereka tidak akan MENANG sekiranya PRK untuk kerusi-kerusi mereka dibuat pilihanraya semula.

Rancangan Shafie Apdal dan Warisan menghalang Tan Sri Musa Aman mengangkat Sumpah di Dewan Undangan Negeri digerakkan secara terancang menggunakan ugutan pihak berkuasa dan melengahkan perbicaraan mahkamah. Namun setakat ini semua berjalan lancar.

Pemutihan pekerja asing dengan memberi permit kerja, pengakuan Shafie Apdal beri MyKad kepada rakyat Sabah yang berkahwin warga asing serta terbongkarnya projek pemberian IC di Tuaran oleh Penerangan Pusat Warisan menguatkan persepsi rakyat Sabah bahawa agenda itu sedang digerakkan.

Menteri-menteri UPKO dari Pemangku Presidennya Madius Tangau dilihat terlalu akur dengan Shafie Apdal dan warisan. Jadi tidak hairanlah Madius Tangau bimbang kehilangan kerusinya kerana fakta sangat jelas di parlimen Tuaran kaum KDM sendiri tidak mengundi Madius Tangau. Tangau hanya menang di peti undi Parti UMNO.

Taat setia Shafie Apdal kepada pemimpin malaya seperti Dr Mahathir turut menggambarkan Shafie Apdal akan akur apa sahaja keputusan dibuat Dr Mahathir termasuk pembatalan projek paip, mungkin Pan Borneo seterusnya menyejuk bekukan Perjanjian 1963 (MA63) yang Dr Mahathir hanya berjanji mengkajinya. Royalti minyak 20 peratus pun tidak mampu diberi kerana bimbang Petronas akan mengalami kerugian. Rakyat Sabah akhirnya melopong!

Tidak ada apa yang dibanggakan 100 hari pencapaian Kerajaan di Sabah. Rezab negeri Sabah hampir RM4 bilion pun adalah usaha kerajaan terdahulu bukan Shafie Apdal. Kementerian baru diwujudkan di Sabah pun bukan memiliki autonomi hanya sekadar menjadi penyelaras kepada agensi sedia ada.

Rakyat pasti akan mengajar mereka. Rakyat Sabah sudah tidak senang dengan apa yang dibuat Kerajaan Warisan di Sabah selepas 3 bulan lalu. Ribuan yang hadir menyambut Tan Sri Musa Aman di Lapangan Terbang KK menunjukkan satu mesej disampaikan Musa Aman, BN dan Gabungan Sabah masih diterima rakyat Sabah.

Seperti kata Penyokong Warisan itu sendiri, kuasa di tangan Rakyat Sabah, dan Rakyat Sabah sudah bosan dengan penipuan demi penipuan Kerajaan PH dan Warisan.

BR1M, bantuan nelayan dihentikan, SST dijanjikan menurunkan harga barang menjadi sebaliknya, kos sara hidup terus naik, janji PTPTN dihapus kini tidak lagi, gaji minimum RM 1500 hanya RM1050 sahaja dan banyak lagi janji-janji PH 100 hari ‘dicapati’.

Jom Ubah Sabah sekali lagi.

By Anak Sabah 2018

43 Comments