Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri?
00:09 Sep 10, 2018  |  By SabahKini2
Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri?

Tular video Pegawai Khas 'Skodeng' seluar dalam wanita cina. Pegawai Khas bernama Farish adalah sahabat baik Timbalan Menteri. Benarkah Azis memecatnya?

KOTA KINABALU: Betapa Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Mohd Azis Jamman, memecat Pegawai Khasnya Mohd Farish Hussain susulan  beliau merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita cina di kedai cermin mata.

Insiden itu dilaporkan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan tertera tarikh 8 September 2018 pada rakaman itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

http://sabahkini2.com/en/news/1186/video-kantoi-pegawai-khas-timbalan-menteri-kdn-skodeng-seluar-dalam-wanita-cina/view

Analisis video Farish

Setelah tular Mohd Azis, menerusi kenyataan di laman Facebook beliau berkata mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang viral dalam media sosial membabitkan tindakan dan perilaku Farish Hussain yang bersamanya ketika pemeriksaan mata dijalankan.

Katanya, beliau memandang serius tindakan Pegawainya itu yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa disedari ketika pemeriksaan mata dijalankan.

"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai (Farish) yang membuat rakaman itu.

"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai itu (Farish) dibuat serta-merta kerana tindakannya menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri," katanya.

Semalam, seorang petugas wanita di kedai cermin mata bernama membuat laporan polis selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Azis Jamman merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Malah, video perbuatan keji lelaki yang merakam bahagian bawah skirt wanita berkenaan selama 1 minit 46 saat itu turut di muat naik dalam laman sosial Facebook.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ho Pey Khee, 30, berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau membuat pemeriksaan mata timbalan menteri berkenaan.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Mohd Azis, lelaki berkenaan (Farish) mengubah kedudukan kerusi dan duduk rapat menghamipirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

“Ketika itu saya merasa tidak selesa dan curiga dengan tindakannya, namun membiarkan kerana menjalankan tugas pemeriksaan mata terlebih dulu.

“Namun, perasaan curiga saya itu betul apabila mendapati lelaki itu sedang merakam bahagian dari bawah skirt saya berdasarkan semakan rakaman CCTV di kedai,” katanya

Khee berkata, beliau terkejut dengan rakaman itu dan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan dan sedang menyiasat kes itu.


Pegawai Azis Farish dulu kes rasuah di UMS kini terlibat ‘Skodeng’ seluar dalam

 

Semakan Sabahkini2 Mohd Farish Hussain Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri sekarang adalah bekas Timbalan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau dipecat oleh UMS kerana penglibatannya dalam kes rasuah paling kontroversi di UMS yang melibatkan syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan (Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah)

Walaupun dipecat sehingga kini Farish masih mendapat projek di UMS menggunakan lesen-lesen atas nama isterinya. Semua projek gerai bawah Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dimonopoli oleh syarikat Farish.

Sabahkini2 pernah melaporkan kes rasuah Peter Anthony yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah bernilai RM43 juta. Ia sebuah kes lama yang dibuka semula.

Shafie Apdal dan Peter Anthony turut dipanggil SPRM berhubung kes ini pada November 2017.

Kes penipuan projek penyelenggaraan UMS itu mendapat surat sokongan daripada Shafie Apdal sebelum ini. Kes ini pernah dilaporkan kepada SPRM pada tahun 2012. 

Dua pegawai universiti termasuk Mohd Farish Hussain bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal turut diambil keterangan. Status kes ini tidak diketahui sehingga sekarang selepas dibuka pada november 2017.

[ARTIKEL BERKAITAN KES ITU- Kes Asli Jati Engineering Kontrak UMS Shafie Apdal dipanggil SPRM ]

http://sabahkini2.com/en/news/139/kes-asli-jati-engineering-kontrak-ums-shafie-apdal-dipanggil-sprm-/view

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter dipanggil ke SPRM Putrajaya: Bukan satu kes tetapi dua kes rasuah ]

http://sabahkini2.com/en/news/142/peter-dipanggil-ke-sprm-putrajaya-bukan-satu-kes-tetapi-dua-kes-rasuah/view

 

Azis Pecat Sahabat baik?

 AKRAB: Azis dan Farish

Sumber mendedahkan Farish dan Dato’ Azis Jamman adalah dua sahabat baik. Boleh dikatakan Farish adalah pegawai khas ‘Jaga Projek’ bagi pejabat Timbalan Menteri KDN. Ini kerana kemahiran Farish dalam hal perniagaan dan memiliki syarikat CIDB G1 hingga G7.

“Farish mungkin dipecat secara formaliti tetapi di luar tak mungkin Farish dapat dipisahkan dengan Azis Jamman.

“Azis Jamman hanya mengambil jalan mengurangkan kesan negatif menjejaskan namanya sahaja”. kata sumber itu

Cabaran bagi Azis Jamman ialah bukan saja memecat tetapi mengambil tindakan dari sudut undang-undang memandangkan kedudukannya adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Kes ‘skodeng’ skirt wanita seperti itu pernah didakwa di mahkamah. Farish bakal didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda kedua-duanya jika sabit kesalahan dengan kes itu.

 

 

13 Comments