Gara-gara rakam gambar dari bawah skirt akhirnya ke penjara
21:09 Sep 10, 2018  |  By SabahKini2
Gara-gara rakam gambar dari bawah skirt akhirnya ke penjara

Kes merakam gambar bawah Skirt pernah dibicarakan pada tahun 2015. Seorang lelaki cina bernama Long Jhow Weh, 29. Kini Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN pula kantoi disiasat Seksyen 509 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR - Gara-gara merakam gambar dari bawah skirt seorang gadis cina ejen hartanah dipenjara 10 hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Nur A'minahtul Mardhiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Jhow Weh, 29, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengaibkan kehormatan dengan merakam gambar dan video dari bahagian bawah skirt seorang penuntut universiti swasta berusia 21 tahun itu, dengan menggunakan telefon bimbitnya.


Ketika Long Jhow Weh ditangkap! kemudiannya dibicara dan mengaku bersalah

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, peguam Lim Cheong Kiat yang mewakili Long, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap tertuduh dengan alasan ia merupakan kesalahan pertamanya dan dia juga menyesal dengan perbuatannya itu. 

"Anak guam saya juga memohon maaf kepada mangsa dan berjanji tidak mengulangi perbuatan yang dilakukan serta akan mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengatasi masalah psikologi yang dihadapinya," kata beliau.

Ketika ditanya Nur A'minahtul mengapa dia melakukan perbuatan itu, Jhow Weh berkata, dia mengalami masalah psikologi.

"Saya menyesal dan memohon maaf atas perbuatan yang dilakukan serta berharap diberi peluang untuk berubah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira tindakan tertuduh yang menjatuhkan maruah mangsa. 

"Mahkamah perlu tegas dalam menjatuhkan hukuman supaya maruah seorang wanita dihormati oleh orang lain," katanya. -

Itu contoh laporan berita portal Sinar Harian Online pada 11 Ogos 2015 dipetik dari Bernama berkaitan cerita lelaki ‘skodeng’ seluar dalam wanita.

[SILA BACA- Gara-gara rakam gambar dari bawah skirt ]

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/gara-gara-rakam-gambar-dari-bawah-skirt-1.418509

 

Kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri

 

Azis Jamman dan Farish Hussain Pegawai Khas

 

Ahad lalu tular video dan laporan polis seorang petugas wanita di kedai cermin mata bernama Ho Pey Khee, 30 membuat laporan polis terhadap Farish Hussain Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Mohd Azis, menerusi kenyataan di laman Facebook beliau berkata mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang viral dan memandang serius tingkahlaku pegawainya dengan membuat keputusan memecat sahabat baiknya itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN- Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri?]

http://sabahkini2.com/en/news/1187/benarkah-pegawai-kaki-rasuah-dan-skodeng-dipecat-timbalan-menteri/view

[ ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina

http://sabahkini2.com/en/news/1186/video-kantoi-pegawai-khas-timbalan-menteri-kdn-skodeng-seluar-dalam-wanita-cina/view

Rakyat Malaysia menyerahkan kuasa siasatan terhadap pihak polis dan menunggu tindakan perundangan seterusnya dari pihak kerajaan.

Apakah Farish akan dibebaskan selepas rayuan, gugur kes atau berhadapan pendakwaan di mahkamah dan jika sabit kesalahan bakal dipenjara serta denda. Rakyat Malaysia sedang tunggu dan lihat ‘Malaysia Baru’ ini.

Atau Peguam Negara akan melepaskan perbuatan Pegawai Khas itu. Jika mengikut situasi cara kerajaan PH dan Peguam Negara jika melibatkan pemimpin PH kemungkinan dilepas dan bebas sangat tinggi.

 

 

8 Comments