Selepas ditahan kini pegawai Timbalan Menteri dibebas jaminan polis
12:09 Sep 11, 2018  |  By SabahKini2
Selepas ditahan kini pegawai Timbalan Menteri dibebas jaminan polis

Pegawai Khas Azis Jamman ditahan semalam namun jam 10 malamnya dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan dibuat Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR: Farish Hussain Bekas Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Azis Jamman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita bernama Khee menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan untuk siasatan terlebih dahulu,” katanya 

Semalam, Azis dilaporkan memecat Farish pegawainya itu susulan perilaku kejinya membuat rakaman tidak bermoral di sebuah kedai cermin mata.

Azis dilaporkan terpaksa memecat pegawai dan sahabat baiknya itu serta-merta, selepas mengambil maklum laporan polis serta rakaman kamera litar tertutup berhubung perilaku individu berkenaan yang disebarkan netizen dalam media sosial.

Katanya, perbuatan Farish itu telah menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku timbalan menteri dalam negeri serta pejabat timbalan menteri. 

Sudah 2 hari berlalu netizen masih menyebarkan berita dan video berkenaan termasuk sindiran Tengku Mahkota Johor dalam video terbarunya.

Klip video lebih 1 minit memaparkan perilaku pegawai itu yang merakam video bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata tular menerusi media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

Komen-komen dalam media sosial netizen meragui pemecatan pegawai dan sahabat baik Timbalan Menteri itu. Ramai berpendapat ia hanya jalan formaliti sahaja untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN- Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri? ]

Kes merakam gambar bawah Skirt pernah dibicarakan pada tahun 2015 melibatkan seorang lelaki cina bernama Long Jhow Weh, 29 didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan dipenjara 10 hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret.

Kini Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri dikataakan bakal dituduh dan didakwa dibawah seksyen yang sama

[ARTIKEL BERKAITAN- Gara-gara rakam gambar dari bawah skirt akhirnya ke penjara

Walaubagaimanapun Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan polis.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis” katanya 



 

6 Comments