Belum sebulan taikun Sarawak Presiden MPS, Setinggan Kg Gelam terbakar
20:09 Sep 11, 2018  |  By SabahKini2
Belum sebulan taikun Sarawak Presiden MPS, Setinggan Kg Gelam terbakar

4 Bulan kerajaan Warisan memerintah sudah 7 kebakaran setinggan berlaku sejak jun hingga september. Apa motif? Belum sebulan Taikun Presiden MPS dilantik Kg Gelam pula terbakar

 

SANDAKAN: Dalam sibuk kontroversi parti Warisan berhadapan isu pegawai khas Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri terlibat skandal ‘skodeng’ bawah skirt ramai terlupa isu kebakaran setinggan Sabah terbaru.

Sebanyak 35 buah rumah setinggan di Kampung Gelam, berdekatan bandar Sandakan, musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.40 awal pagi 9 September lalu.

Kebakaran Setinggan Kg Gelam melengkapkan siri kampung ketujuh terbakar selepas Kg Delima Sepanggar awal Ogos lalu. Ini bermakna ia kebakaran pertama bagi bulan September dan kebakaran kedua bagi daerah Sandakan sejak jun lalu selepas Kerajaan Warisan memerintah Sabah.

Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew berkata kebakaran dapat dikawal jam 2.50 pagi sehingga operasi berakhir pada jam 4.32 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati, sebanyak 35 buah rumah terbakar,“ katanya

7 kebakaran berturut-turut setiap bulan menguatkan desas-desus sindiket membakar perkambungan setinggan sama ada bertujuan mahu mendapat rumah atau ada pihak pemaju mahu mengambil kawasan perkampungan terbakar bagi tujuan lain.

Datuk Peter Hii Chang Lik melawat tapak setingan terbakar

Belum pun sebulan Datuk Peter Hii Chang Lik seorang taikun Sarawak dilantik menjadi Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Kg Gelam terpilih sebagai kampung ketujuh setinggan terbakar. Apakah selepas ini tapak terbakar dibenarkan diduduki atau Presiden MPS akan membangunkan projek lain di kawasan terbakar akan diketahui nanti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS ]

http://sabahkini2.com/en/news/1162/kerana-rm20-juta-gengster-dan-taikun-balak-sarawak-dilantik-presiden-mps/view

Joseph, 32 seorang pengguna facebook menggesa kerajaan menyiasat kes kebakaran dan menanganinya secara berhati-hati yang mungkin dilakukan sindiket terancang.

“Bagaimana kebakaran setinggan begitu kerap berlaku semacam ada usaha dari pihak tertentu mahu mengambil kesempatan bantuan kerajaan segera seperti rumah dan tanah”. katanya

Fatimah, 40 berkata dasar kerajaan Warisan sangat pelik kerana penduduk setinggan terbakar segera mendapat penempatan sementara.

“Bukti kampung Darau Sepanggar baru-baru ini. Malah ada Kampung lain baru bakal digazetkan kerajaan negeri apatah lagi ia diberi kepada warga asing setinggan.” katanya

Untuk rekod 6 kebakaran setinggan sebelum ini ialah di Kg Gas Sandakan, Kg Sarip Lahad Datu, Kg Cenderamata Likas, Kg Air Semporna, Kg Lingkudau Keningau dan Kg Delima Sepanggar

 

 

 

5 Comments