(VIDEO) Isteri Setiausaha Politik Menteri DAP dedah skandal seks suami
23:09 Sep 12, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Isteri Setiausaha Politik Menteri DAP dedah skandal seks suami

Belum reda kisah Pegawai Khas Timbalan Menteri rakam bawah skirt kini tular dalam media sosial isteri wakil rakyat Dun Bercham yang juga Setiausaha Politik Menteri DAP dedah skandal suaminya.

 

KUALA LUMPUR - Isteri kepada Menteri Sumber Manusia  dalam satu kenyataan di facebook mendedahkan suaminya YB Cheung Chee Khing mengadakan skandal dengan ramai wanita.

Ditulis dalam Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia, wanita itu memberi amaran kepada wanita lain supaya tidak mengganggu suaminya seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia itu. Siapa pun wanita itu katanya dia tetap bertahan setia.

“Saya ialah isteri kepada encik Cheung Chee Khing, setiausaha politik Kementerian Sumber Manusia. Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua wanita yang ingin mendampingi suami saya. Suami saya TIDAK BERANI, TIDAK MUNGKIN DAN TIDAK AKAN bercerai dengan saya untuk bersama kamu.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang masa kami berkahwin, ramai wanita yang cuba merobohkan rumahtangga kami. Saya sudah biasa dengan keadaan sebegini. Wanita sekalian, jangan harap Suami saya akan bercerai untuk kamu. Rakan-rakan sekalian, tolong sebarkan mesej ini. Sekian, terima kasih”. katanya

Skandal tersebut turut dilaporkan dalam akhbar cina China Press menunjukkan gambar Setiausaha Politik itu berbogel bersama kekasihnya di atas katil. Turut ditularkan ialah gambar dan video YB DAP itu.

Cheung Chee Khing, Adun Berchan merupakan Setiausaha Politik kepada YB Kulasegaran Menteri Sumber Manusia dari DAP.

Sehingga ke hari ini selepas didedahkan Menteri dan Setiausaha politik belum memberikan respon berhubung pendedahan skandal seks itu.

Sebelum ini turut menggegar negara ialah Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dipecat dan disiasat oleh polis kerana merakam video bawah skirt seorang wanita cina di sebuah premis kedai cermin mata.

3 Comments