Isteri Timbalan Ketua Menteri arah UPKO serang PBS guna isu ‘Hudud'
10:09 Sep 15, 2018  |  By SabahKini2
Isteri Timbalan Ketua Menteri arah UPKO serang PBS guna isu ‘Hudud'

"Kita hentam dia orang (PBS) gao-gao ini isu" Kata Datin Dr Jainah. Serang PBS guna isu 'Hudud' bagaimanapun jentera UPKO menegur isteri TKM itu agar berhati-hati menggunakan isu agama. Tersalah serang bakal memakan diri.


Apakah serangan kepada PBS diarah Madius Tangau kepada Isterinya?

KOTA KINABALU – Para pengguna media sosial Facebook mendedahkan beberapa imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam kumpulan UPKO mengenai arahan isteri Datuk Seri Panglima Madius Tangau Timbalan Ketua Menteri Sabah agar menyerang PBS menggunakan isu kerjasama UMNO dan PAS melalui sentimen agama iaitu ‘Hukum Hudud’.

Melalui artikel Malaysiakini ‘Menanti kompang dipalu merai 'pengantin baru' yang dikongsi Datin Dr Jainah Sintian dalam aplikasi WhatsApp mencadangkan isu Hudud dimainkan UMNO PAS di Semenanjung dan dikaitkan UMNO PBS di Sabah.

“Ni point kita boleh lontar kepada PBS, adakah PBS menyokong Hudud sebab UMNO dan PAS?

“Kita hentam dia orang (PBS) gao-gao ini isu.

Sokong PBS sama dengan sokong hudud”. katanya dalam satu arahan kepada pasukan jentera UPKO.

Bagaimanapun arahan isteri Timbalan Ketua Menteri itu tidak mendapat sambutan malah ditegur oleh Aliyuzinin (0198317772) pengikut UPKO sendiri sebagai merbahaya dan cari isu lain.

“Jangan Datin cari isu lain.”

Lee Hee Hung (Patrick Yanggau) (0109710633) berkata tidak perlu serang PBS.

“Kita tidak perlu serang ini PBS. Tengok macam dulu. Kita berabis (habis-habisan) serang ini Warisan. Sekarang apa jadi?” katanya.

Kimb Bal (0138718454) turut menegur isteri Timbalan Ketua Menteri itu untuk UPKO menjaga bahasa. Bekas Ketua Pemuda UPKO Athur Sen tidak perlu dilayan kerana akan senyap dengan sendirinya.

“Kita hati-hati dalam berbahasa agar penyokong tak tersinggung”. katanya

Menurut Datin Dr Jainah Sintian, UPKO mesti menyerang dari sudut kerjasama UMNO PAS- Hudud apakah bekas Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen itu berjuang dalam konteks kerjasama seperti ini.


TIKAM BELAKANG: Sebelum PRU14 KDM bersatu. Namun 11 Mei UPKO mengkhianati parti KDM lain melompat menyertai Warisan.
Habuannya Madius dilantik Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) diberi kepada UPKO.

Tujuannya hanya satu mahu Parti UPKO kononnya parti terbaik mewakili kaum Kadazan Dusun Murut (KDM). Kalau boleh PBS akan tunduk kepada UPKO dikemudian hari.

Semakan mengesahkan nombor 0178995007 adalah milik Datin Dr Jainah Sintian yang juga Ketua Wanita UPKO.

23 Julai lalu Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen telah meletak jawatan dan keluar daripada parti UPKO. Serangan Arthur Sen dalam media sosial tidak menyenangkan parti UPKO lantaran itu tidak hairan arahan serangan Dr Jainah Sintian bukan setakat kepada PBS tetapi Arthur Sen.

 

23 Comments