Datuk 'Projek IC' mahu Parti Bersatu lebarkan sayap ke Sabah
23:09 Sep 16, 2018  |  By SabahKini2
Datuk 'Projek IC' mahu Parti Bersatu lebarkan sayap ke Sabah

Siapakah Datuk Projek IC itu? Kata Datuk itu, Parti BERSATU diterajui Tun Mahathir pasti akan mengukuhkan lagi kerajaan Warisan di Sabah.Oleh itu Bersatu perlu lebar sayap ke Sabah.

Sempena menyambut Hari Malaysia hubungan baik yang sedia terjalin di antara Kerajaan Pusat  dibawah pimpinan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan  Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie  Apdal dijangka bertambah baik dan kukuh sesuai dengan era kerajaan baharu.

Saya mewakili  Persatuan Ahli-ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Warisan Sabah atas komitmen padunya membawa pembangunan kepada seluruh rakyat Sabah.
 
Kami juga menyokong Kerajaan Negeri Sabah yang membawa banyak pembaharuan dalam pentadbiran negeri demi untuk kepentingan rakyat.
 
Bagi memastikan politik dan pentadbiran kerajaan disokong dengan lebih kuat lagi, maka saya mencadangkan agar  *Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)* dapat melebarkan sayapnya ke Sabah untuk membantu melengkapkan  kesepaduan politik dan mengukuhkan lagi kerajaan negeri Sabah.
 
BERSATU yang diterajui Tun Mahathir pasti akan memberikan bekerjasama yang lebih baik untuk mengukuhkan lagi  kerajaan Warisan dengan kapasiti kekuatan Tun Mahathir sebagai tulang belakang Bersatu.
 
Kemasukan BERSATU ke Sabah kelak perlulah dilihat dan dianggap sebagai sahabat serumpun yang menjalin dan menghulurkan sillaturahim untuk bersama-sama membangunkan negeri Sabah secara terbuka, sebagaimana parti PKR dan  DAP yang merupakan parti dari Semenanjung Malaysia.
 
Marilah kita selaku rakyat Malaysia di Sabah bersama-sama merealisasikan hasrat murni ini dengan dengan mengambil semangat Hari Malaysia yang bersejarah ini.
 
Saya yakin, rakyat Sabah akan menyambut baik kehadiran BERSATU di Sabah kerana perjuangan BERSATU dalam membela nasib dan masa depan rakyat.
 
Rakyat dan pemimpin politik di Sabah perlu positif dengan kehadiran BERSATU kerana ia bukan bersaing dengan parti-parti pemerintah yang sedia ada,  sebaliknya hanya sebagai pelengkap dan penyatu kesepaduan rakyat mendokong wawasan Kerajaan Baharu.
 
Selamat menyambut Hari Malaysia. –

Oleh

Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd
Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah
Persatuan Ahli-ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Negeri Sabah
 
Mahu mengetahui kisah lanjut siapa Datuk Jerry Ambuting bin Mohd boleh membaca blog ini. http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com
 
 
 
4 Comments