Saifuddin Menteri Luar paling Semberono
20:09 Sep 24, 2018  |  By SabahKini2
Saifuddin Menteri Luar paling Semberono

Apa jadi Menteri Luar? Tokoh diplomat terkemuka dunia seperti Lord Palmerston, Sergey Viktorovich Lavrov, Henry Kissinger, Dag Hammarskjöld atau yang paling hampir dengan kita, Anifah Aman masing-masingnya mempunyai karisma tersendiri

1. Konvensyen Montevideo mengenai Hak dan Tanggungjawab Negara adalah satu perjanjian yang ditandatangani di Montevideo, Uruguay, pada 26 Disember 1933, semasa Persidangan Antarabangsa Negara-Negara Benua Amerika Kali Ke-Tujuh. Konvensyen ini memberikan definasi yang jelas tentang kewujudan sebuah negara di mana elemen yang perlu ada ialah: rakyat, wilayah, kedaulatan dan pemerintahan.

2. Konvensyen itu juga telah menghuraikan teori politik kenegaraan yang pada akhirnya diterima sebagai sebahagian daripada undang-undang antarabangsa.

3. Bagi sebuah negara yang berdaulat dan dihormati di peringkat antarabangsa, ia haruslah diterajui oleh tokoh-tokoh diplomat atau dalam konteks masa kini, seorang Menteri Luar yang mempunyai karisma tersendiri yang mampu mempengaruhi atau mencorakkan buah pemikiran rakan sejawatnya dari negara lain untuk menerima idea yang diutarakannya. Sudah tentu idea tersebut mempunyai kepentingan nasional yang memberikan keuntungan.

4. Peranan yang perlu dimainkan oleh seorang Menteri Luar bukan sesuatu yang boleh dianggap enteng atau semberono. Beliau mesti mempunyai keperibadian tersendiri yang mampu mengangkat prestij dan martabat negara. Beliau perlu memahami dengan jelas kuasa tawar-menawar negaranya dalam arena antarabangsa.

5. Tokoh diplomat terkemuka yang di dunia seperti Lord Palmerston, Sergey Viktorovich Lavrov, Henry Kissinger, Dag Hammarskjöld atau yang paling hampir dengan kita, Anifah Aman masing-masingnya mempunyai karisma tersendiri telah memberikan kesan terhadap dasar luar negara masing-masing.

6. Dasar luar negeri merupakan serangkaian dasar yang menjelaskan bagaimana negara kita berinteraksi dengan negara lain dan ia dirancang untuk membantu melindungi kepentingan, keamanan, tujuan, ideologi, dan kemakmuran ekonomi negara kita.

7. Adalah amat membimbangkan kerana Menteri Luar pada masa ini gagal memahami fungsi dan peranan sebenar yang beliau perlu mainkan.

8. Saya juga gusar kerana dibawah Menteri Luar yang baru, dasar luar negeri kita berada pada tahap yang terendah sejak mencapai kemerdekaan. Sebagai contoh hubungan dua hala negara kita dengan Arab Saudi yang semasa pemerintahan terdahulu berada pada tahap tertinggi kini telah merosot dengan teruk.

9. Diplomasi harus senantiasa menjadi barisan pertama pertahanan dan kedaulatan negara namun kini ia tidak menjadi seperti yang diharapkan di bawah pemerintahan Menteri Luar yang baru.


Bekas Pegawai Wisma Putra

3 Comments