Dulu gagal dan ambil rasuah, kini ada hati mahu kembali jadi Pengerusi Yakeb
03:09 Sep 27, 2018  |  By SabahKini2
Dulu gagal dan ambil rasuah, kini ada hati mahu kembali jadi Pengerusi Yakeb

Sudahlah Malek Noor lupakan AGM 29 September Yakeb. Fokus kepada menjaga kesihatan diri. Yakeb perlukan Pengerusi muda yang mampu mencari dana untuk atlet. Jangan sampai isu rasuah lama dibuka kembali.

 

Selepas rebah dan sakit. Malek Noor tak mungkin mampu mencari dana Yakeb lagi. Sudahlah. Rehatlah

21 September lalu media melaporkan bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, bersedia untuk mengambil alih jawatan pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) jika menerima persetujuan Menteri Belia dan Sukan menjelang mesyuarat agung tahunannya, 29 September ini.

Masalah dana yang berlaku dalam Yakeb jelas mengundang kritikan terhadap ahli lembaga pengarah badan berkenaan. Bermacam-macam pendedahan dilakukan. Apa yang pasti dana Yakeb RM3 juta yang diberika kerajaan dahulu telah habis dan bantuan kebajikan sudah dihentikan.

Ya Datuk Malek Noor adalah bekas Pengerusi Yakeb sebelum digantikan dengan Azlan Iskandar yang lebih muda. Ya Datuk Malek Noor pengerusi yang mesra tetapi apa guna mesra jika gagal mencari dana untuk Yayasan. Semua pengerusi yang ada nampaknya gagal mencari wang hanya bergantung kepada kerajaan semata.

Kini Datuk Malek Noor pula mahu kembali sebagai Pengerusi Yakeb. Sudahlah. Rehatlah Datuk Malek jaga kesihatan. Berikan kepada orang lebih muda yang boleh mencari dana untuk Yakeb. Sebab apa Malek diganti oleh YB KJ dahulu sebab Malek gagal mencari dana malah melakukan salah guna kuasa serta rasuah dalam Yakeb.

Jadi jauhkanlah hasrat mahu menjadi Pengerusi itu. Jangan sampai kami dedahkan segala salah laku Malek Noor ketika sebagai Pengerusi Yakeb dahulu. Wang juga habis. Asyik meminta-minta dengan kerajaan. Apa pun tiada. Itu saja. Kita yakin ahli Yakeb sangat mengetahui hal ini.

Tidak kisahlah jika Yakeb mampu terus beroperasi atau barisan kepimpinan perlu dirombak yang pasti ahli Yakeb perlu menolak Malek Noor sebagai pengerusi semula. Beliau bukan penyelesai masalah kewangan Yakeb dan bekas atlet malah akan lebih menyukarkan organisasi seperti Yakeb.

KBS harus menyelesaikan masalah Yakeb. Jika ada sesiapa juga pihak termasuk ahli perniagaan mahu membantu Yakeb maka sebaiknya diterima demi kebaikan Yakeb dahulu. Kebajikan Atlet adalah lebih utama dari kepentingan jawatan diri.

Oleh itu diharap mesyuarat agung Yakeb 29 September ini perlu membuat keputusan merombak jawatankuasa lama. Beri peluang kepada orang baru.Jika memegang jawatan lama sangat sambil mendapat projek KBS dari menteri dahulu atau sekarang tetapi tidak menyumbang dalam Yakeb baik lupakan sajalah untuk Yakeb.

Oleh

Aku Pengundi AGM Yakeb

2 Comments