Isteri Madius buat laporan polis terhadap portal Sabahkini2
13:09 Sep 30, 2018  |  By SabahKini2
Isteri Madius buat laporan polis terhadap portal Sabahkini2

Kandungan berita yang dilaporkan adalah dari aplikasi whatapps kumpulan UPKO. Apa yang dilapor adalah dari print screen yang dihantar kepada editorial portaL Sabahkini2.com

PENAMPANG: Ketua Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datin Seri Dr. Jaina Sintian membuat laporan polis terhadap portal berita Sabahkini2 kerana mengeluarkan artikel berunsur fitnah.

Beliau ketika ditemui media menjelaskan, artikel bertajuk ‘Isteri Timbalan Ketua Menteri arah Upko serang PBS guna isu Hudud’ bertujuan mencemarkan namanya.

Selain itu katanya, tindakan portal berkenaan turut menghasut dan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadapnya.

Sehubungan itu, Jaina berharap pihak polis dapat mencari orang yang bertanggungjawab menulis artikel terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.

“Penulisan artikel itu seolah-olah menunjukkan saya mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan ia tidak benar dan ini adalah manipulasi fakta dan fitnah.

“Portal dan penulis artikel ini juga tidak menghubungi saya untuk pengesahan sebelum mengeluarkan artikel ini.

“Saya menyeru agar pihak polis menyiasat untuk mengetahui siapa pemilik portal Sabahkini2 dan wartawan yang menulis artikel berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Jaina berkata, Sabahkini2 sepatutnya mendapatkan fakta yang sah sebelum mengeluarkan artikel.

Beliau turut mempersoalkan niat sebenar portal terbabit menerbitkan artikel itu walaupun laporan berkenaan tidak berasas.

Menurutnya, artikel berkenaan bukan sahaja menjejaskan reputasinya sebagai isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Malah, nama dan repuatasinya sendiri turut terjejas.

Pihaknya menerima maklumat mengenai artikel di Sabahkini2 itu pada malam Sabtu.

Jaina turut diiringi Madius dan peguamnya Nelson Angang serta beberapa ahli Upko. Sumber- Utusan Borneo

 

Nota- Editor menyiarkan semula laporan Datin Jaina ini sebagai satu pengajaran jadi isteri Timbalan Ketua Menteri agar berhati-hati dalam aplikasi whatapps group. Sebagai isteri pemimpin beliau harus berhati-hati dalam menulis serta memberi cadangan. Beliau tulis beliau lapor apa yang beliau tulis. 

3 Comments