VK Liew nafi ‘curi’ wang LDP dikait 1MDB dan sudah berunding SPRM
17:10 Oct 01, 2018  |  By SabahKini2
VK Liew nafi ‘curi’ wang LDP dikait 1MDB dan sudah berunding SPRM

Isunya VK Liew sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013 menerima dana dikait 1MDB tetapi tidak disiasat SPRM atau PDRM. Malah dana itu lesap dari akaun LDP. VK Liew juga mengaku kawtim SPRM kes itu

LONDON: Bekas presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong yang kini berada di London mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke United Kingdom dan New York nampaknya bergelut menjawab isu VK Liew menerima dana dikaitkan 1MDB dan akaun peribadi Dato’ Sri Najib bekas Perdana Menteri.

VK Liew yang juga kini Menteri Undang-Undang JPM menafikan menyalahguna wang yang dikreditkan ke dalam akaun LDP dari tahun 2006 hingga 2012.

Sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013 direkodkan Datuk VK Liew menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB ke dalam akaun Parti Liberal Demokratik (LDP).

Bekas Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Pemangku Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin bertegas Datuk VK Liew menyalahgunakan wang derma Najib itu untuk kepentingan politiknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti ]

VK Liew mengesahkan beliau tIdak pernah menerima surat daripada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang diberi Najib bernilai RM3.5 juta tahun 2012 dan 2013, Liew berkata beliau tidak dipanggil atau menerima surat daripada mana-mana pihak.

“Saya hanya nampak satu surat daripada pihak polis bertarikh Sept 7 kepada LDP yang ditularkan melalui media sosial tetapi oleh kerana saya tidak lagi bersama LDP, jadi saya tidak bimbang mengenainya”.

Bagaimanapun, Liew berkata beliau bersedia untuk dipanggil memberi keterangan kepada polis jika diperlukan memandangkan sebelum ini beliau sudah berunding dengan Tun Dr Mahathir serta SPRM.

“Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara ini pada minggu pertama selepas perlantikan saya sebagai Menteri Kabinet Persekutuan pada 2 Julai.”

VK Liew Menteri JPM (Undang-undang) turut membayangkan berunding dan mengarahkan SPRM agar tidak perlu menyiasat kes dana RM3.5 juta dari Dato’ Sri Najib itu.

“Saya juga telah berunding dengan pihak SPRM berkenaan isu yang sama,” katanya.

Sebelum ini SPRM membekukan 900 akaun pelbagai pihak yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB malah Peguam Najib Tan Sri Shafee Abdullah yang dikaitkan menerima bayaran guaman turut ditahan dan didakwa oleh SPRM.

Netizen mempersoalkan mengapa VK Liew penerima dana 1MDB itu tidak ditahan atau disiasat malah mengarah SPRM menutup kesnya.

 

3 Comments