Shafie Nasihat PPM jangan ambil rasuah dan jaga kontraktor
19:10 Oct 02, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Nasihat PPM jangan ambil rasuah dan jaga kontraktor

“Kita akan tukar pemimpin yang terlibat dengan kegiatan rasuah jika tidak, kerajaan yang akan ditukar oleh rakyat.

KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) diingatkan supaya tidak terlibat dengan gejala rasuah yang boleh membawa kehancuran kepada negara.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tahu pemimpin diperingkat bawahan berdepan dengan banyak godaan dan dugaan yang boleh menyebabkan mereka terpesong dari tanggungjawab sebenar.

“Atas sebab itu, saya berharap PPM jangan terlibat dengan rasuah. Pemimpin yang dilantik harus memimpin berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bukannya memimpin mengikut kehendak nafsu.

“PPM seharusnya bekerja dan menyelesaikan permasalahan dihadapi rakyat bukannya menjaga kepentingan ahli-ahli perniagaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Angkat Sumpah Pemimpin-pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), di sini pada Selasa.

Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk menukar pemimpin yang didapati terlibat dengan gejala rasuah.

“Kita akan tukar pemimpin yang terlibat dengan kegiatan rasuah jika tidak, kerajaan yang akan ditukar oleh rakyat.

“Struktur pimpinan yang ada bukan lagi macam dulu. Sekarang saya akan turut memantau pemimpin, bukan hanya pemimpin yang memantau (rakyat).

“Oleh itu, saya tidak mahu melihat ada pemimpin PPM selepas dua tiga bulan tukar kereta besar. Saya akan membuat pemantauan kerana saya berada hampir 30 tahun dalam gelanggang politik. Kalau kita tidak tangani rasuah, kita akan gagal,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin PPM supaya tidak mengikut jejak pemimpin terdahulu yang hidup dengan kemewahan kerana terlibat rasuah.

Dalam masa yang sama, Shafie juga mengingatkan pemimpin-pemimpin yang baharu dilantik itu supaya memberi khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Katanya, jika PPM hanya membantu masyarakat dari parti politik yang sama sahaja, kerajaan akan gagal mendapat sokongan semua pihak.

Beliau berkata, pemimpin perlu membantu semua pihak termasuk penyokong parti politik lain. Bukannya semasa pilihan raya sahaja bantuan semua rakyat diperlukan tetapi ketika bukan musim pilihan raya mereka diabaikan.

“Jangan hanya pentingkan diri dan pentingkan kumpulan mahupun parti lain. Biasakan bekerjasama dengan parti-parti yang ada dalam kerajaan. Kita tidak mahu Parti Warisan Sabah (Warisan) terlalu menonjol seperti yang berlaku kepada Umno yang terlalu rakus dengan kuasa, perkongisan itu perlu.

“Maka, parti Warisan harus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Menurutnya, rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan. Rakyat mahu melihat Sabah baharu bukan hanya dari segi pembangunan fizikal tetapi juga pembaharuan dalam kehidupan rakyat.

Shafie juga mengingatkan PPM supaya menghantar laporan setiap sebulan bagi memudahkan masalah rakyat diselesaikan dengan baik.

Dalam majlis itu, 58 PPM menerima watikah pelantikan. Nama PPM bagi kawasan Kuala Penyu dan Kiulu akan diumumkan kemudian.

SENARAI PENUH PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PPM)

HARIS BIN BOLOS (IBU PEJABAT)
MIASIN BIN NUSIRI (N1 BANGGI)
BOBBIE CHIN KAH KHING (N2 TANJONG KAPOR)
ZAMRAH BIN ABNANAH (N3 PITAS)
BARLUS BIN MANGABIS (N4 MATUNGGONG)
SUZIE BINTI SALAPAN (N5 TANDEK)
LADIM BIN ABDUL RAHMAN (N6 TEMPASUK)
SAIKAM @ SAIKOM BIN WATIS (N7 KADAMAIAN)
RAHIM BIN MAT DIN (N8 USUKAN)
JEFFRY BIN TEO (N9 TAMPARULI)
RAHAMAN BIN JALI (N10 SULAMAN)
Belum diumumkan (N11 KIULU)
ZULKEFLEE BIN ABU BAKAR (N12 KARAMBUNAI)
BENNY CHUA TECK VUN (N13 INANAM)
LOH EE ENG (N14 LIKAS)
LEE LI MEI (N15 API-API)
CHIN THAU KWONG (N16 LUYANG)
YUNUS BIN BUSOK (N17 TANJUNG ARU)
MADILI BIN YUSOF (N18 PETAGAS)
CYRIL GERALD LIEW (N19 KEPAYAN)
BENJAMIN SOIKUN (N20 MOYOG)
MOHD FAIZAL BUN PADLEE (N21 KAWANG)
SYLVESTER JOSEPH @ AMING SAAI (N22 PANTAI MANIS)
LICHET BIN MANUEL (N23 BONGAWAN)
ABDUL KADIR BIN JALANI @ MUNTIL (N24 MEMBAKUT)
JOHAIR BINTI MAT LANI (N25 KLIAS)
Belum diumumkan (N26 KUALA PENYU)
MAHADI BIN MUMIN (N27 LUMADAN)
PANGIRAN MOHD YACOB BIN PG OMAR (N28 SINDUMIN)
SIRIMAN HJ BASIR (N29 KUNDASANG)
AWASI GANIE @ YASIN BIN ABDUL GHANI (N30 KARANAAN)
MOHD HISYAMUDDIN BIN HARUN (N31 PAGINATAN)
BASUL BIN BULLAH @ BASAL (N32 TAMBUNAN)
PETER @ ESONG DAIGO (N33 BINGKOR)

RAYMOND RAIMI BIN PUDON (N34 LIAWAN)
GABRIEL GEORGE (N35 MELALAP)
BURNLEY BALANG (N36 KEMABONG)
EDWARD BINBANG (N37 SOOK)
MAPULAS BIN KALUHU (N38 NABAWAN)
JALIL BIN ANTANG (N39 SUGUT)
ABDUL TALIP BIN YAHYA (N40 LABUK)
JASNI BIN BADALI N41 (GUM-GUM)
NORIZAL BIN HUSIN (N42 SUNGAI SIBUGA)
YUSOFF AMMOH SULAIMAN (N43 SEKONG)
LIEW KIAN VUN (N44 KARAMUNTING)
PANG JU HAU @ JASON (N45 ELOPURA)
ABDUL BASID BIN OTHMAN (N46 TANJUNG PAPAT)
JHONNY BIB INTANG (N47 KUAMUT)
MAHMUD BIN HASSAN @ TASAN (N48 SUKAU)
BERJAYA BIN DUNGKAI (N49 TUNGKU)
KASSIM BIN MALAN (N50 LAHAD DATU)
BAHRI BIN LAKILE (N51 KUNAK)
DATU GARSIA DATU MAKLING (N52 SULABAYAN)
EMRAN LAMBAIAH (N53 SENALLANG)
MAHADI BIN JAYA (N54 BUGAYA)
MUHIDDING BIN PARE (N55 BALUNG)
FUNG THIN TEIN (N56 APAS)
KOO HUNG EOW (N57 SRI TANJUNG)
MUHAMMED SALI BIN AMIN (N58 MEROTAI)
JUMMAIN BIN BAWAL (N59 TANJUNG BATU)
SURTANSAH BIN KASSAU (N60 SEBATIK)

- BorneoToday

 
4 Comments