(VIDEO) Demi Rakyat : Anwar bakal arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson?
16:10 Oct 02, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Demi Rakyat : Anwar bakal arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson?

Begitu banyak aduan mengenai Jeti Port Dickson yang mencemar alam sekitar. Rakyat tertekan tetapi jeti skandal yang penuh rasuah itu tetap beroperasi. Kroni terus kenyang rakyat derita. Rakyat perlu Anwar untuk membela!

 

Dalam PRK Port Dickson nampaknya rakyat terus bangkit mahu hak mereka dibela. Terbaru tular video pencemaran alam sekitar di jeti Port Dickson milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjadi pusat pengumpulan arang batu. 

Beberapa individu yang ditemui di sekitar kawasan jeti itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap projek 'kroni' yang sekian lama dioperasikan dijeti itu. 

Jeti yang dikendalikan syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd bagi operasi pemindahan pemindahan arang batu dari tongkang ke lori  menyebabkan pencemaran  kepada air dan pantai terus berlaku. Syarikat terus berleluasa. Rasuah juga terus berleluasa.

Laporan Portal Sabahkini2.com sebelum ini melaporkan pencemaran alam sekitar di Port Dickson. Dilaporkan selepas ini Anwar akan memperjuangkan isu alam sekitar di Port Dickson. Tan Sri Isa tidak pernah pun mengambil tahu mengenai projek arang batu yang mencemar Port Dickson ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Aminuddin Harun dan Exco Alam Sekitar YB Veerapan A/L Superamaniam malah Ahli Parlimen Port Dickson Dato’ Danyal yang letak jawatan hanya goyang kaki.

Bukan itu sahaja jeti sekarang juga telah usang, banyak kerosakan akibat aktiviti pemungahan arang batu. Keadaan jeti dikhuatiri runtuh pada bila- bila masa dan mengakibatkan kemalangan jiwa jika syarikat atau pengendali sedia ada terus membiarkan lori lebih muatan dan mesin berat menggunakan jeti terbabit tanpa kawal selia yang baik.

[ARTIKEL LANJUT- “Tak kisah arang batu cemari Port Dickson asalkan negeri untung- MB Negeri Sembilan ]

Sumber rapat dengan YAB Aminuddin Harun MB Negeri Sembilan berkata memberi perhatian kepada Jeti Port Dickson yang mengendalikan arang batu kerana menyumbang ekonomi Negeri Sembilan termasuk pelaburan syarikat UEM Group Berhad melalui anak syarikatnya Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan kilangnya Negeri Sembilan Cement Industries (NSCI) yang menggunakan jeti Port Dickson bagi arang batu.

YAB Amiruddin Harun berkata tak mungkin dia akan dapat menghentikan operasi Jeti KTMB Port Dickson itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan mengenai pengurusan NSCI kilang Bahau melibatkan salah laku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kes kecurian kargo melibatkan kilang simen NSCI Bahau

[ ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise ]

Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise

Syarikat sama Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang beroperasi di Jeti Port Dickson terlibat salahguna kuasa dan rasuah di kilang NSCI itu. Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd telah lama dipantau kerana terlibat dengan kes kecurian kargo sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut penduduk tempatan di Jeti Port Dickson, kontraktor mengunakan gudang berhampiran untuk menyimpan sebahagian daripada kargo arang batu yang dipunggah dan kemudiannya menjual kargo tersebut kepada pihak lain.

Rakyat Port Dickson berharap Anwar memperjuangkan agar Jeti menyebabkan pencemaran arang batu ini dihentikan segera 

 

Comment