Petisyen Pilihanraya Kimanis dan Kiulu ditunda lagi
20:10 Oct 03, 2018  |  By SabahKini2
Petisyen Pilihanraya Kimanis dan Kiulu ditunda lagi

Mahkamah Pilihanraya menetapkan 2 dan 3 Oktober keputusan permohonan bantahan awal namun ditunda lagi pada 23 dan 24 Oktober 2018

KOTA KINABALU: Keputusan bantahan awal Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dan ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai untuk membatalkan petisyen pilihanraya Parti Warisan Sabah terhadap kemenangan mereka ditunda ke 23 dan 24 Oktober ini.

Mahkamah Pilihanraya pada bulan lalu menetapkan hari ini dan esok untuk mengumumkan keputusan permohonan bantahan awal tersebut namun Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mewakili Anifah dan Joniston mengesahkan kepada pihak media bahawa keputusan bagi Kiulu akan dibuat pada 23 Okt manakala Kimanis pada 24 Okt.

Anifah memfailkan bantahan awal terhadap petisyen pilihanraya yang dibuat oleh calon Warisan di Kimanis meminta Mahkamah memutuskan keputusan pilihanraya bagi parlimen Kimanis pada 9 Mei lalu sebagai tidak sah.

Demikian juga bagi kerusi DUN Kiulu, di mana Joniston memohon bantahan awal bagi petisyen pilihanraya yang dibuat oleh calon Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas yang mendakwa kemenangan Joniston pada pilihan raya ke-14 adalah tidak sah

Secara kebiasaan kes-kes petisyen pilihanraya dimenangi oleh penyandang.

2 Comments