NGO tegur Shafie Apdal lupakan arang batu
04:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
NGO tegur Shafie Apdal lupakan arang batu

Kerajaan Negeri kepada tenaga boleh diperbaharui dan lebih bersih bukan terhadap industri tenaga arang batu, suatu industri yang semakin lenyap di seluruh dunia.

KOTA KINABALU- NGO Land Empowerment Animals People (LEAP) membantah usaha kerajaan menjadikan perlombongan arang batu untuk menjana tenaga elektrik di negara ini.

LEAP mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah meneliti kembali Laporan Opsyen Tenaga Bersih untuk Sabah pada 2010 serta mengalih tumpuannya kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

“Kami mengesyorkan agar Kerajaan Negeri memfokuskan masa dan sumbernya untuk melabur dalam opsyen tenaga boleh diperbaharui dan lebih bersih bagi Sabah, bukan terhadap industri tenaga arang batu, suatu industri yang semakin lenyap di seluruh dunia.

Pengerusi eksekutif LEAP, Cynthia Ong berkata laporan itu, antara lain, menyebut mengenai kewujudan opsyen bagi bekalan tenaga lestari tempatan yang lebih relevan dengan keadaan semasa serta komitmen  Malaysia untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan pelepasan karbon.

LEAP adalah antara lima badan yang menubuhkan Green SURF pada 2009, di samping Pertubuhan  Perkongsian Komuniti (PACOS Trust),  Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA), Persatuan  Pencinta Alam Malaysia Cawangan Sabah dan WWF-Malaysia.

Baru-baru ini Datuk Seri Shafie Apdal dan kerajaan Warisan menyokong dan menyambut cadangan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk mendapatkan arang batu dari Malaysia Timur.

Mohd Shafie juga berkata kerajaan negeri tiada halangan dalam isu perlombongan arang batu di Sabah yang mendapat bantahan ramai pihak khususnya para aktivis alam sekitar demi pembangunan jangka masa panjang.

“Suatu masa dahulu orang ramai juga membantah cadangan projek Bakun di Sarawak dan sekarang rakyat negeri itu menikmati hasil pelaksanaan projek janakuasa itu. Kini Sarawak mempunyai keupayaan tenaga elektrik lebih baik,” katanya

[ARTIKEL BERKAITAN: Arang Batu: Sabah tiada halangan laksana cadangan Tun M- Shafie ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Demi arang batu kerajaan Warisan bakal korbankan Maliau Basin? ]

Menurut NGO itu tindaKan kerajaan menggunakan sumber arang batu adalah langkah terkebelakang.

“Para pakar tenaga Malaysia dan antarabangsa, termasuk Tonibung dari Sabah, yang terkenal kerana  kerja mikrohidro berasaskan komunitinya, dan Renewable and Appropriate Energy Laboratory di University of California, Berkeley, serta sesetengah daripada kami dalam masyarakat sivil, bersedia untuk membantu Sabah membina sebuah ‘suite’  prototaip yang menggunakan pelbagai sumber tenaga boleh diperbaharui bagi menunjukkan apa yang boleh dilakukan,” kata Ong.

 

 

2 Comments