Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah
15:11 Nov 04, 2017  |  By SabahKini2
Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

“Semuanya hanya on-paper (atas kertas) ada projek tetapi di lapangan tiada jalan raya, air, elektrik dan rumah,”- Raime

 1 NOV: Usaha membangunkan Sabah sebagaimana negeri di Semenanjung tidak akan berjaya dilaksanakan jika Menteri dari Sabah yang dilantik sebagai wakil Sabah  mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan.
 
AHLI Parlimen Tenom Raime Unggi memerli Shafie Apdal yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng dana kerajaan diperuntukkan bagi pembangunan di Sabah RM 1.5 bilion

Raime juga berkata akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad kerana berani menyiasat kes penyelewengan itu dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun tidak menyebut nama Shafie Apdal yang kini presiden Warisan, Raime jelas merujuk kepada beliau apabila menyentuh projek Bekalan Air Luar Bandar oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajui Shafie dari 2009 hingga 2015.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada mantan menteri tersebut tahu rumah-rumah yang dijanjikan sudah terbina, jalan raya sudah wujud, dan air dan elektrik sudah masuk atau belum di Sabah.

“Ini membuat saya memberi sokongan penuh dan yang tidak berbelah bagi kepada ketua pesuruhjaya SPRM yang berani dan bersungguh-sungguh menyiasat dan mendakwa mereka yang mengabaikan tanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa hingga rakyat miskin teraniaya,” katanya ketika bahas menyokong Bajet 2018 di Parlimen.

Raime berkata kerana pengkhianatan itulah Sabah akan kekal ketinggalan dalam pembangunan seperti yang kerap dituduh pembangkang.

“Peruntukan ada, kontraktor ada, projek dianugerahkan, dan khabarnya kontraktor dapat bayaran tetapi tiada apa yang saya nampak di bawah (pelaksanaan).

“Semuanya hanya on-paper (atas kertas) ada projek tetapi di lapangan tiada jalan raya, air, elektrik dan rumah,” katanya.

Penyiasatan SPRM ke atas dana pembangunan Sabah yang diuruskan KKLW dari 2009 hingga 2015 bernilai kira-kira RM1.5 bilion itu menyaksikan 15 individu ditahan, Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan (Pemilik Asli Jati Engineering Projek Air Tenom), Dato' Azis Jamman Ketua Wira Warisan (anak Saudara Shafie), termasuk dua adik Shafie Apdal, Hamid dan Datuk Yusof Apdal bekas setiausaha di kementeriannya sebelum digugurkan daripada kabinet dua tahun lalu.

Shafie dibebaskan Jumaat minggu lalu selepas ditahan reman selama lapan hari sejak 21 Oktober dengan jaminan RM100,000. Naib Presiden Warisan dan Ketua Wira Warisan turut membuat kutipan derma wang jaminan Shafie Apdal dan berjaya mengumpul lebih RM100,000 wang derma dari cawangan-cawangan warisan dan rakyat miskin Sabah. 

Shafie dikatakan bakal mendedahkan balas mengenai Ketua Menteri Sabah Musa Aman pada sesi Parlimen namun tidak berlaku selepas SPRM mendedahkan 14 syarikat dikuasi adiknya telah dikenal pasti terlibat dengan dana haram yang diberikan projek oleh Shafie Apdal.

Beberapa blog dan media meramalkan Shafie Apdal bakal didakwa hubung bulan ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM sala guna kuasa penjawat awam atau anggota pentadbiran memberikan projek kepada keluarga atau sekutu

Comment